Tuesday 5 April 2016

DIET SEMASA MENYUSU? BAGAIMANA?

Tahukah anda?

Ibu yang menyusukan bayi memerlukan lebih tenaga untuk menghasilkan susu iaitu dalam kira-kira 200 - 500 kalori berbanding dengan wanita normal.

Malah lemak yang tersimpan semasa hamil juga akan digunakan dalam penghasilan susu ini. Jadi.. sebenarnya bila anda menyusu adalah lebih mudah untuk anda menjadi kurus dengan lebih cepat!!



Namun, jika anda masih bertekad nak kuruskan badan berikut adalah panduan penting untuk anda...

1. Tangguh Diet Sehingga Bayi Berumur 2 Bulan - untuk memastikan badan diberi peluang untuk menghasilkan susu dengan stabil dan tidak mudah terjejas ketika anda cuba berdiet.

2. Susukan bayi secara kerap dan tanpa had - kajian menunjukkan jikan anda mengamalkan penysuan bayi secara kerap dan tanpa had selama lebih daripada 6 bulan ini dapat mengurangkan berat badan anda!

3. Kalori sehari : 1500 hingga 1800 - Pastikan anda mengambil makanan seimbang yang mencukupi kalori yang diperlukan. Ada wanita mememerlukan lebih daripada kalori ini. Pengambilan yang kurang boleh menjejaskan pengahsilan susu.



4. Berat hilang tidak lebih 0.7kg seminggu - Kehilangan berat sebanyak 0.7 kg seminggu atau 2.7 kg selepas bayi berumur 2 bulan tidak akan menjejaskan penghasilan susu atau memudaratkan bayi.

5. Kurangkan kalori secara berasur-ansur - Elakkan daripada mengurangkan kalori secara mendadak kerana ini boleh menjejaskan penghasilan susu.

6. Elakkan jalan mudah - Jangan ambil sebarang ubat untuk mengurangkan berat badan ketika masih menyusukan bayi.

Tips yang anda boleh ikuti untuk turunkan berat badan anda terimasuklah..

1. Ubah Diet Anda - Kurangkan 20 - 25% pengambilan lemak dan lebihkan  pengambilan protein . Pengambilan protein untuk ibu yang menyusukan bayi adalah sebanyak 65 gm/sehari untuk 6 bulan pertama dan 62 gm/sehari tuntuk 6 - 12 bulan.

2. Pengambilan kalori yang teratur - Cuba makan dalam kuantiti yang kecil tiga kali sehari dan diselangi oleh snek ringan.  Pengambilan makanan yang berterusan  dapat memastikan pengambilan kalori secara teratur tanpa menjejaskan penghasilan susu.

3. Senaman Ringan - Dapat memastikan anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat.


4. Pemakanan sihat - Banyakkan ambil sayuran hijau dan makanan yang kaya protein seperti tauhu \, tempe, kekacang/bijirin dan soya...

Boleh juga kalau mommies nak ambil  Maryam Hot Chocolate Milk Booster setiap pagi untuk membekalkan tenaga dan juga khasiat yang diperlukan. Disamping dapat memastikan bekalan susu yang berbekalan.


Jika Berminat? Boleh pm atau place order http://maryam.shoppy.my/

Nak Tanya Sahaja? Pun Boleh..
Nak Nasihat Penyusuan? Pun Boleh sis

No comments:

Post a Comment