Monday 15 August 2016

BAYI SAYA G6PD, APA YANG TAK BOLEH SAYA MAKAN?

Kekurangan Enzim G6PD atau Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase adalah masalah metabolisme yang agak biasa dalam kalangan bayi di benua Asia. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah tidak dapat bertahan lama apabila terdedah dengan sesetengah bahan kimia yang biasanya terkandung dalam makanan atau pun ubat-ubatan.


Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuklah demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).

Dalam praktis biasa, doktor pakar kanak-kanak akan menyenaraikan ubat, ubat herba, makanan dan bahan kimia yang perlu dielakkan oleh bayi. Dalam kes ibu yang masih menyusu, ibu juga hendaklah mengelakkan semua bahan ini kerana sedikit jumlah yang anda ambil akan menyerap masuk ke dalam susu ibu.

Antara makanan dan bahan lain yang biasanya dielakkan termasuklah,

1. Kacang Parang
2. Elakkan susu formula yang mengandungi soya. Produk berasaskan soya juga turut dipercayai boleh membawa kemudaratan.
3. Jika bayi sudah makan, hati-hati memperkenalkan kekacang seperti kacang pis dan sebagainya.
4. Ubat Gegat
5. Minyak Pudina
6. Bluberi


Amalan yang berhati-hati ini sebenarnya dapat mengelakkan masalah yang lebih serius akibat sel darah merah yang musnah.

Untuk maklumat lanjut tentang G6PD nie, anda boleh layari
http://www.g6pd.org/g6pddeficiency.aspx

Keep positive in breastfeeding selalu hokeh mithali mommies!!

‪#‎milkboosterterbaik‬
‪#‎milkboosterfood‬
‪#‎milkboosterforbreastfeeding‬
‪#‎milkboosterpalingberkesan‬
‪#‎maryammilkbooster‬

No comments:

Post a Comment