Wednesday 31 August 2016

BAYI SAYA KELIRU PUTING! CARA PEMBERIAN SUSU MENGGUNAKAN CAWAN

Kajian mendapati 95% bayi akan menjadi keliru puting sekiranya diberikan puting tiruan seawal 3 - 4 minggu kelahirannya. Sebaiknya, tunggu sehingga bayi berusia 4 minggu sebelum memperkenalkan penggunaan botol susu kepadanya.


Secara alternatif  jika bayi tidak boleh menyusu secara langsung dengan anda atas sebab-sebab tertentu, anda boleh menggunakan cawan penyusuan, sudu kecil atau picagari dan lain-lain untuk menyusui bayi anda. Teknik pemberian susu kepada bayi dengan menggunakan cawan adalah seperti berikut;

  1. Letakkan bayi dalam kedudukan menegak (upright ~ 90%) atau condongkan sikit (Semi Upright ~45%) di atas ribaan anda.
  2. Ampu belakang bayi, kepala, leher, dan punggung
  3. Pegang cawan/sudu kecil yang mengandungi perahan susu ibu.
  4. Sentuhkan cawan/sudu di bahagian bibir bawah bayi dan hujung permukaan cawan menyentuh bibir atas bayi.
  5. Apabila bayi tersedar, dia akan membuka mulut dan matanya.
  6. Condongkan sedikit cawan / sudu sehingga susu mencecah lidah bayi dan biarkan bayi menghirup perlahan-lahan dan menelan susu.
Pada permulaannya, adalah biasa untuk susu tumpah sedikit. Namun, lama kelamaan apabila pemberian stabil, susu akan lebih banyak masuk ke dalam mulut bayi. Apabila kenyang, bayi akan berhenti menghirup dengan sendiri. Jadi, pastikan anda tidak menuang perahan susu ibu terus ke dalam mulut bayi.

Jika masalah keliru puting ini berlaku sebenarnya, lebh sukar untuk memujuk bayi menyusu daripada payudara ibu. Bila payudara ibu kurang diransang, maka penghasilan susu juga akan berkurangan. Jadi adalah penting untuk memastikan ransangan kepada payudara dilakukan secara konsisten!

#maryammilkbooster
#mithalimoms
#milkboosterterbaik
#milkboosterberkesan
#susubanyak
#susupekat
#milkboosterpalingberkesan

Thursday 25 August 2016

IBU MENYUSU: PERLU KE MAKAN LEBIH?

Kajian menunjukkan kebanyakkan ibu boleh mengekalkan bekalan susu yg byk dgn mengambil kalori ~1800 - 2200 (atau lebih) pada setiap hari. Ini bersamaan ekstra tambahan kalori sebanyak lebih kurang 400 - 500 kalori daripada wanita biasa.


Pengambilan kalori tambahan ini sebenarnya bergantung kepada kalori yg diperlukan untuk aktiviti seharian, berat ibu dan juga faktor nutrisi ibu (tidak termasuk utk laktasi). Ibu yg kurang aktif mungkin memerlukan kalori yang lebih sedikit berbanding dengan ibu yg lebih aktif, atau mempunyai lemak badan yang rendah dan sebagainya.


Jadi? Macam mana Nak TENTUKAN saya perlu ambil EKSTRA 200 ke.. 300 ke.. 400 ke.. 500 ke.. ekstra KALORI setiap hari?

Ia sebenarnya bergantung kepada 2 faktor;

1. Tahap Penyusuan Ibu
Adakah anak anda menyusu sepenuhnya atau tidak? atau sekadar 1 - 2 kali sehari? Sekiranya anak anda tidak menyusu secara eksklusif sudah tentunya keperluan kalori adalah lebih rendah.

2. Lemak Tersimpan (Mom's Fat Reserves)
Adakah BMI anda rendah? tinggi? atau kat tengah2x? Jika BMI anda rendah, sudah tentunya anda memerlukan lebih ekstra kalori daripada diet anda daripada ibu yang mempunya BMI yang lebih tinggi.

Namun, perlu diingatkan, pengambilan kalori yang kurang daripada1500 - 1800 mungkin menyebabkan risiko bekalan susu berkurangan. Ibu-ibu menyusu juga disarankan mengambil suplemen tambahan yang berupaya untuk memastikan ibu lebih bertenaga untuk kerja seharian.

‪#‎mithalimoms
‪#‎maryammilkbooster
#milkboosterterbaik
#milkboosterpalingberkesan
#milkboosterfood
#milkboostersupplement

Tuesday 23 August 2016

FEED KONSEP DALAM PENYUSUAN IBU UNTUK MAINTAIN



PERANAN FIL (PERENCAT SUSU) DALAM PENYUSUAN

Ramai ibu yang masih belum faham peranan FIL dalam penyusuan, apa FIL nie akan lakukan bila anda tidak konsisten kosongkan breast dengan sepatutnya.. Selalu akak cakap.. nak susu banyak? Jadilah ibu hebat yang menjaga demand! Bukan setakat jaga makan minum dan amik supplement sahaja hokey! Tu x sahaja cukup.. mcm orang nak kurus juga.. boleh ke kurus kalu makan ubat kurus tapi still melantak 3000 kalori sehari?

So, kalau sampai skrng masih belum faham demand & supply.. sila amik effort utk belajar hokey! PENTING sgt nie!!! Tu adalah rules no satu dalam penyusuan selagi tak follow rule nie amik la ubat apa pun inshaAllah susu dok mcm tu juga. Sebab Allah dah ciptakan fungsi manusia nie sebaik2nya.. supaya anak yang dah 2 thn ++ nak berenti susu boleh STOP anytime dan susu akan STOP!

Apakah menda yang dalam badan asyik dok bagi signal untuk stop production susu tu? Ha.. inilah fungsi FIL tu... Sila rujuk gambar kat bawah tu yer..


Bagaimana pula cara FIL bertindak? Sila fahami gambar bawah nie yer...




Salam Breastfeeding! Keep Positive and Strong Hokeh!!!


#mithalimoms
#maryammilkbooster
#milkboosterterbaik
#milkboosterterhebat
#susubanyak
#susupekat

Monday 22 August 2016

BAYI TAK MAHU MENYUSU

“Bayi tak nak menyusu la kak, bila bagi puting dia buat tak tahu aje..Tak pun dia elak dan terus palingkan muka ke arah lain.. Sedih saya kak.. ke bayi saya tak suka susu saya kak?”


Situasi ini selalunya akan menyebabkan ibu sering rasa rendah diri dan sedih. Malah ada beranggapan yang bayinya tak suka susu ibu. Tambah pula dengan ketidakstabilan emosi selepas sesi kelahiran, terus menyebabkan sesetengah ibu berputus asa dengan penyusuan ibu.

Sebenarnya, dalam kes tertentu, adakalanya bayi terpaksa dikejutkan menyusu dengan kekerapan tertentu jika bagi anda mengalami perkara berikut;

· Premature Baby (Kelahiran Tidak Cukup Bulan)
· Jaundice (Kuning)
· Bayi Yang Terlalu Kecil
· Bayi Yang Ibu Diberikan Ubat Yang Mengantuk Semasa Bersalin

Bayi yang sihat biasanya tiada masalah mahu menyusu, mereka akan menunjukkan signal-signal tertentu apabila lapar dan mahu menyusu. Antara sebab –sebab bayi enggan menyusu adalah termasuklah;

· Bayi tidak lapar
· Bayi sejuk, kecil, sakit dan lemah
· Posisi penyusuan tidak betul
· Bayi tidak selesa kerana ibu bergerak, menggoncang payudara atau bayi
· Bayi yang mengalami kekeliruan puting akibat pemberian puting botol/pacifier terlalu awal.
· Wangian Ibu berbeza
· Aliran susu yang perlahan atau terlalu laju
· Bayi selesema, sakit mulut atau hidung tersumbat
· Bayi selesa dengan sebelah payudara sahaja
· Ibu mengalami bengkak payudara menjadikan bahagian areolar terlalu keras menyukarkan bayi untuk melekap semasa memulakan penyusuan

Jadi penting untuk Ibu kenali tanda dan sebab kenapa bayi anda enggan menyusu, untuk pastikan masalah sebenar diatasi. Secara umumnya, antara cara penyelesaian yang lakukan anda boleh buat termasuklah;

1. Membetulkan posisi dan lekapan semasa penyusuan
2. Jika aliran terlalu laju, perah atau pam susu sebelum memulakan penyusuan atau menukar posisi penyusuan.
3. Jika aliran susu perlahan, boleh cuba teknik breast compression untuk membantu melancarkan aliran susu.
4. Jika breast bengkak, perah atau pam terlebih dahulu untuk lembutkan kawasan areolar bagi bantu babu melekap dengan sempurna.
5. Jika bayi sakit, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor atau pengamal perubatan.
6. Elakkan penggunaan pacifier / puting botol terlalu awal.
7. Galakkan skin to skin contact atau Kangaroo Mother Care.
8. Tidak memaksa bayi jika bayi enggan, menolak atau menangis, sebaliknya tenangkan bayi dahulu sebelum memulakan penyusuan.

Nak tahu cara cepat untuk memperbanyakkan dan memekatkan susu anda?
MARYAM MILK BOOSTER boleh membantu...

PM 'MMB' KE 0123658107



#maryammilkbooster
#milkboosterterbaik
#milkboosterterhebat
#tambahsusu
#milkboostersupplement

Saturday 20 August 2016

TIPS MEMUJUK BAYI UNTUK MINUM SUSU DI PAYUDARA YANG TIDAK DIGEMARI


Ramai ibu yang merungut bayi menggemari sebelah payudara sahaja dan jika dipaksa juga, bayi akan terus menolak dan meragam. Sebenarnya, antara penyebab utama kenapa bayi anda menolak untuk menyusu di payudara yang kurang digemarinya termasuklah;
  • Refleks pancutan susu ibu terlalu perlahan 
  • Refleks pancutan susu ibu terlalu laju 
  • Bekalan susu yang berkurangan. 
Hal ini menyebabkan bayi lebih suka untuk menyusu daripada payudara yang mana aliran susunya lebih baik dan banyak. Keadaan ini juga boleh menyebabkan mengapa saiz payudara ibu berbeza (satu kecil, satu besar) dan seterusnya menyebabkan ibu berasa tidak selesa. Punca utama kenapa berlaku perbezaan bekalan dan aliran susu termasuklah;

1. Keadaan fizikal payudara
Keadaan fizikal payudara ini termasuklah perbezaan keadaan puting atau areolar yang biasa berlaku (contoh: puting tenggelam / leper). Hal ini menyebabkan bayi lebih senang untuk melekap di payudara yang berkeadaan normal. Ada juga sesetengah wanita mengalami keadaan sebelah payudaranya mempunyai lebih duktus atau alveoli berbanding yang sebelah lagi. Walaubagaimanapun, hal ini adalah normal sebenarnya.

2. Bayi menggemari salah satu payudara sahaja
Memang biasa bayi akan lebih menggemari satu payudara. Oleh itu, bayi akan menyusu lebih efisien dan kerap menerusi payudara yang disukainya.

3. Ibu menggemari salah satu payudara sahaja
Kadang kala tanpa ibu sedari, ibu lebih suka untuk menawarkan sebelah payudara yang lebih kerap berbanding yang sebelah lagi. Biasanya berlaku pada waktu malam bila ibu terlalu letih dan mengantuk.

4. Pembedahan atau kecederaan
Jika salah satu belah payudara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan dan aliran susu.

Jika ini berlaku kepada anda, kesabaran dan kegigihan anda sebenarnya adalah kunci utama kejayaan. Paling penting, teruskan usaha anda sehingga bayi menerima kembali payudara yang tidak digemarinya. Namun jika bayi masih meragam atau enggan, teruskan ransangan di payudara yang tidak digemarinya dengan memerah sekerap mungkin. Ini adalah penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan.

Perlu akak ingatkan juga, dalam usaha anda ini, pastikan BAYI DIPUJUK dan BUKAN DIPAKSA! Pujuklah bayi anda untuk mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemarinya. Antara teknik pujukan yang boleh anta buat termasuklah;

1. Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika baby sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.

2. Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya terlebih dahulu dan apabila berlaki pancutan refleks, alih ke payudara yang kurang digemarinya tanpa mengubah posisi kepalanya seperti gambar di bawah;

A. Mulakan penyusuan dengan Cradle Hold

B. Kemudian, Alihkan kepada posisi Football Hold

Boleh juga kalau nak praktiskan posisi lain, cuma pastikan tidak mengubah posisi kepala bayi anda

3. Menyusu di bilik yang gelap atau berkeadaan sunyi dan sepi. 

4. Cuba menyusu sambal berjalan, mengayun-ayunkannya dengan perlahan sehinggal bayi menerima payudara yang kurang digemarinya.

5. Jika bayi sukakan payudara yang mempunyai aliran yang laju, lakukan urutan (breast compression) untuk membercepatkan aliran susu di payudara yang alirannya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (scissor hold) di bahagian areolar untuk memperlahankan aliran.

Teknik Breast Compression 

Teknik Scissor Hold


Untuk ransang penghasilan susu yang lebih banyak di bahagian payudara yang alirannya lebih perlahan, anda boleh mengepam payudara tersebut untuk tingkatkan demand dan pastikan supaya bekalan susu berkekalan.

Namun, jika anda mempunyai masalah perbezaan saiz payudara dan ini merisaukan anda, antara tips yang boleh anda lakukan;
  1. Memulakan penysuan pada payudara yang kurang digemarinya terlebih dahulu (namun pastikan bayi berada dalam keaadaan tenang ketika itu) dan lebihkan penyusuan pada payudara tersebut. 
  2. Memerah payudara yang kecil selama 5 – 10 mins selepas sesi penyusuan.
Paling penting adalah kecekalan dan kemahuan ibu, akak berkongsi sikit antara ibu pengguna maryam yang mengalami masalah ini. Biasanya ibu pam dapat dalam 3 - 4 oz.. Alhamdulillah lepas guna maryam semakin meningkat dan berjaya dapat 8 oz dalam masa 3 hari penggunaannya. Tetapi apa yang akak nak cerita menariknya cerita ibu ini kerana mengalami masalah seperti gambar di bawah. Payudara sebelah kanan menghasilkan susu yang lebih banyak berbanding sebelah kiri kerana bayi lebih menyukai payudara sebelah kanan sahaja.

Hari Pertama

Namun, setelah menukar praktis dan juga mengamalkan maryam, ini hasilnya pada hari berikutnya. Alhamdulillah ibu berjaya tingkatkan susu di sebelah kiri dengan cepat. 

Hari Kedua

Pada hari ketiga, alhamdulillah ibu berjaya tingkatkan susu sehingga 8 Oz! (tiada gambar) Alhamdulillah perjalanan penyusuan ibu ini telah dimudahkan dengan pengambilan maryam dan juga dengan praktis penyusuan yang betul.

Untuk ibu yang perlukan advise penyusuan, boleh whatsapp akak seperti di bawah;

PM "MMB1" Ke 0123658107
PM "MMB1" Ke 0123658107
PM "MMB1" Ke 0123658107




Thursday 18 August 2016

KERJA DAH DEKAT! STOK SUSU MASIH SIKIT? BACA NIE UNTUK TIPS TAMBAH SUSU BADAN

Jangan panik sekiranya anda ibu bekerja dan hanya mula memerah susu beberapa hari atau minggu sebelum mula bekerja. Kerana bila anda panik, anda akan berasa tertekan dan situasi ini sebenarnya tidak membantu anda. Malah, ia menyebabkan perencatan refleks ejeksi susu (dikawal oleh hormon oksitosin atau lebih dikenali dengan hormon kasih sayang).

Paling penting untuk sentiasa positif, percaya yang susu akan banyak dan buat tips seperti di bawah ini untuk tambah susu badan;

1. Perah susu sambil menyusukan anak (Tandem Nursing).

  • Ia dapat meningkatkan refleks ejeksi susu kerana kedua-dua payudara digunakan dengan serentak
Jika ibu pertama kali melakukan tandem nursing ini, mungkin ibu akan berasa sedikit sukar kerana akan berasa tidak cukup tangan. Tapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa, lama kelamaan ibu akan mengetahui posisi terbaik yang dapat dicuba. Lazimnya, posisi mendakap (football hold), badan dan kaki bayi diampu dengan bantal adalah posisi yang sesuai kerana kaki bayi dapat dielakkan daripada menggangu proses memerah pada payudara sebelah lagi (rujuk gambar di bawah).

Paling penting, pastikan bayi selesa, badan bayi disokong sepenuhnya dengan bantal dan bayi dapat melekap dengan sempurna. Kemudian, barulah satu tangan lagi digunakan bagi meletakkan pam di payudara sebelah lagi. 

2. Perah selepas menyusu
  • Ia dapat memberi isyarat kepada badan ibu supaya lebih banyak menghasilkan susu.
Pada permulaan, adalah biasa mungkin tidak banyak susu yang keluar, tetapi selepas beberapa hari, badan ibu akan mula menyesuaikan diri dengan rutin ini dan lebih banyak susu dapat dikumpulkan. 

Bila waktu yang sesuai? 
Sejam selepas menyusu adalah waktu yang terbaik. Sebaiknya, jangan tunggu lama selepas menyusu bagi memerah.

3. Memerah pada tengah malam

Hormon prolaktin adalah paling tinggi pada waktu tengah malam dan awal pagi. Anda boleh ambil peluang ini untuk memerah dan mendapatkan jumlah susu yang banyak bagi dijadikan stok. Boleh juga sekiranya ibu membuat stimulasi demand dengan melakukan power pumping sekali setiap hari selama 2 minggu.


4. Mengambil supplemen tambahan (milk booster)

Pastikan anda mengambil supplemen milk booster yang berasaskan makanan yang memberi tenaga kerana dalam penyusuan ibu bekerja acapkali ibu akan berasa keletihan kerana jadual makan yang tidak menentu dengan bebanan kerja yang banyak. Hal ini akan menyebabkan ibu keletihan, dan seterusnya memberi tekanan kepada ibu.

Akak nak berkongsi juga pengalaman ibu bekerja yang mengambil Maryam Milk Booster sebagai supplemen tambahan;

"Semasa awal-awal masuk kerja, Za hanya dapat 3 - 5 oz je setiap kali sesi pemerahan. Hati ibu mana yang tak risau stok masih lagi tak cukup dan Za dah kena kembali bekerja. Sangat risau sebenarnya stok yang Za ada sekarang nie tak cukup, tambahan pula baby Za nie mmg jenis yang memang semangat minum susu. Alhamdulillah, Za disyorkan untuk mengambil maryam milk booster sebagai supplement tambahan oleh kawan baik Za sendiri yang memang dah pun berjaya dengan maryam milk booster nie.

Pada hari pertama saya masuk kerja, alhamdulillah, Za cuba konsisten untuk pam 3 kali pada waktu bekerja dan berjaya mengumpul 20 oz (6 - 7 oz untuk setiap sesi). Berkat usaha yang berterusan dan dengan keberkesanan ambil maryam nie, kini Za berjaya untuk dapatkan secara konsisten 12 oz untuk setiap sesi (total 36 oz). Paling penting bagi Za keep positif dan konsisten berusaha serta bertawakkal kepada Allah.

Dan yang paling best sepanjang pengambilan maryam nie Za rasa lebih bertenaga dan kurang rasa letih. Ini sebenarnya yang terus bagi Za semangat dan tenaga untuk konsisten dalam usaha untuk pam"

Pn Za, Melaka

Jadi, untuk ibu bekerja, yang baru nak mulakan sesi penyimpanan stok anda, advise akak jangan berputus asa berusaha untuk anda. Keep in mind yang anda sedang memberikan susu yang terbaik dalam dunia ini untuk anda. Baiknya susu ibu ini, kajian mengatakan walaupun susu ibu yang kekurangan zat makanan yang teruk seperti di negara perang adalah jauh lebih baik daripada susu formula. Jadi, jangan mudah berputus asa, sebab anda ibu yang hebat.

Nak jadi ibu yang hebat lagi dalam penyusuan anda? Jadilah ibu yang hebat dalam menjaga demand! Kerana selagi ada demand selagi itulah ada supply...

Salam Sayang Penyusuan Daripada Akak..

Nak tahu cara cepat untuk memperbanyakkan dan memekatkan susu anda?  
PM 'MMB 01" Ke 012 365 8107


‪#‎milkboosterterbaik‬
‪#‎milkboosterfood‬
‪#‎milkboosterforbreastfeeding‬
‪#‎milkboosterpalingberkesan‬
‪#‎maryammilkbooster‬

RISIKO MEMBELI PAM TERPAKAI

Food Drug Administration (FDA) tidak menggalakkan penggunaan pam terpakai ataupun berkongsi pam anatara dua atau lebih pengguna. Ini bagi mengelakkan daripada risiko jangkitan kuman daripada seorang pengguna kepada pengguna yang lain.

Hal ini kerana bukan semua bahagian pam yang dapat dicuci atau disterilkan, dan kebanyakkan pam pula tidak direka dengan mekanisme menggelakkan susu yang diperah termasuk ke dalam motor melalui tiub sambungannya. Ini menyebabkan kemungkinan susu daripada tiub termasuk ke dalam motor dan mencemari pam tersebut.

Malah risiko bertambah jika membeli pam terpakai secara atas talian kerana kebarangkalian terbeli pam yang tidak berkualiti dan tidak sesuai adalah tinggi. Ibu juga sukar untuk tahu berapa lama pam tersebut sudah digunbakan, dan sekiranya tidak bernasib baik ibu mungkin kerugian kerana terbeli pam yang rosak.

Sebaiknya, lebih sesuai untuk ibu berusaha mengumpul wang dan membeli pam susu yang baru. Namun, jika keadaan ekonomi tidak mengizinkan dan ibu telah membuat keputusan untuk membeli pam terpakai, ibu disarankan supaya membeli botol, tiub dan corong baru. Namun diingatkan, ia tidak mengurangkan risiko jangkitan antara pengguna.

Walaupun pembelian pam terpakai ini tidak digalakkan, namun terpulang kepada ibu membuat keputusan terbaik selepas meneliti pelbagai aspek.

Salam Sayang Penyusuan

#milkboosterterbaik
#milkboosterfood
#milkboosterforbreastfeeding
#milkboosterpalingberkesan
#maryammilkbooster

BAGAIMANA CARA NAK SENDAWAKAN BAYI ANDA SELEPAS MENYUSU


Sendawakan bayi akan dapat mengelakkan bayi itu daripada menjadi kembung dan muak atau muntah sebelum ia kenyang. Ini kerana semasa bayi menghisap minuman/ susu, ia sering menyedut udara dan menelannya bersama susu. Oleh itu bayi perlulah disendawakan sekurang-kurangnya satu atau dua kali semasa menyusu.

Tips: Sentiasa sediakan kain kerana bayi bermungkinan termuak apabila bersendawa.


- Bayi baru lahir (< 6 bulan) disarankan sendawa setiap ½ - 1 oz (15 -30 ml) susu diberi.

- Bayi (6-12 bulan) disarankan sendawa 2 - 3 kali antara penyusuan setiap kali.

Selepas bayi menyusu biarkan bayi dalam keadaan duduk atau posisi di mana kepala adalah lebih tinggi daripada badan. Terdapat 3 cara sendawa. Cara-caranya adalah seperti berikut:


(1) POSISI BAHU

Anda juga boleh meletakkan bayi anda di atas bahu anda, ini akan menekan tulang leher anda terhadap perutnya. Tekanan itu sangat penting untuk mensendawakan bayi dengan baik. Pastikan bayi anda bersandar selesa pada badan anda dan diampu dengan baik. Gosok belakang bayi

(2) POSISI TANGAN
Dudukkan bayi di pangkuan anda dengan membiarkan bayi bersandar kehadapan denga sebahagian besar berat badannya sedang berehat di tapak tangan anda. Tapak tangan anda menahan dibahagian atas perut bayi. Dagu bayi diampu dengan merehatkan ia di antara ibu jari dan jari telunjuk anda (kedua jari ini dalam bentuk "V". Jika bayi kurang daripada tiga bulan, pastikan anda menyokong lehernya. Gosok belakang bayi.


(3) POSISI LAP (PUSINGAN)
Pastikan kain di alas di paha. Letakkan bayi anda di atas peha secara tertiarap, dengan bahagian muka mengadap lantai. Gosokkan bahagian belakang bayi anda.


PENTING!
1. Elakkan daripada membaringkan bayi selepas menyusu untuk mengelakkan muntah (dalam tempoh lebih kurang 30 minit).
2. Elak mengoncangkan bayi di dalam buaian/ bouncer untuk mengelakkan muntah.

Namun. sekiranya bayi tidur selepas menyusu, pastikan:
Bayi tidak tidur dalam keadaan puting berada di dalam mulut. Ini kerana susu / minuman manis yang tertinggal dalam mulut akan meningkat risiko karies (kerosakan) gigi.

Salam Penyusuan & Keep Positive in Breastfeeding
Untuk Mommies yang nak tahu details tentang Maryam Milk Booster
Supplemen Milk Booster yang paling berkesan untuk tingkatkan dan pekatkan susu atau nak advise penyusuan boleh whatsapp akak 0123658107.

‪#‎milkboosterterbaik‬
‪#‎milkboosterfood‬
‪#‎milkboosterforbreastfeeding‬
‪#‎milkboosterpalingberkesan‬
‪#‎maryammilkbooster‬

Wednesday 17 August 2016

TIPS NAK BEKALKAN SUSU PERAHAN KEPADA PENJAGA

Ibu bekerjaya hendaklah membekalkan susu perahan dengan sukatan dan aturan yang betul kepada penjaga. Ini adalah penting kerana ia dapat memastikan susu perahan dapat diberi dengan betul kepada bayi anda. Ia juga akan memudahkan kerja penjaga. Antara tips yang boleh ibu amalkan termasuklah..



1. Simpan susu yang diperah di dalam botol mengikut sukatan yang biasa diminum oleh bayi bagi setiap sesi. Kebiasaanya 2 - 4 oz untuk setiap botol.



2. Elakkan memberikan bekalan susu perahan di dalam plastik kerana ini akan menyusahkan penjaga bagi memindahkan susu ke dalam botol sebelum dipanaskan. Kebarangkalian untuk susu tumpah juga adalah lebih tinggi.

3. Bekalkan beberapa botol susu perahan yang sejuk (bukan susu beku) kepada penjaga, bergantung kepada keperluan bayi anda.

4. Label setiap botol dengan aturan yang betul bermula daripada no 1 dan seterusnya. Label di atas penutup botol supaya mudah dilihat oleh penjaga. Tuliskan juga tarikh susu di perah.

5. Apabila botol siap dilabel, masukkan ke dalam satu bekas yang muat kesemua botol tersebut. label bekas tersebut dengan nama bayi supaya tidak tertukar dengan bayi lain.

6. Simpan bekas tersebut dalam peti sejuk di bahagian bawah untuk dibekalkan kepada penjaga keesokkan harinya.

7. Keesokkan hari, masukkan bekas berisi botol susu itu ke dalam beg tahan sejuk dan isikan pek ais. Ini bagi memastikan susu tetap stabil semasa perjalanan ke rumah penjaga atau taska.
8. Sampai di rumah penjaga atau taska, masukkan bekas tersebut ke dalam peti sejuk. Pek ais dan beg tahan sejuk boleh dibawah ke pejabat bagi menyimpan stok susu yang diperah di pejabat.

Paling penting, dapatkan penjaga yang menyokong penyusuan ibu dan berbincang dengan baik tentang cara pengendalian susu perahan. Ini kerana tak semua orang gemar diberi arahan walaupun daripada ibu yang mengupahnya untuk menjaga bayinya. Kekalkan hubungan baik dengan penjaga.

Sekiranya penjaga sudah biasa mengendalikan susu perahan, bincang dan faham secara baik praktis penjaga sekarang. Dan jika semua praktis adalah betul, elakkan memperkenalkan cara baru kepada penjaga. Hanya betulkan yang mana perlu jika ada antara praktis tersebut tidak memenuhi kehendak ibu.

Jika penjaga tidak biasa mengendalikan susu perahan, perbincangan secara terperinci diperlukan. Untuk memudahkan penjaga, ibu boleh membuat pesanan secara bertulis untuk elakkan kekeliruan. Beri penerangan dengan lebih jelas jika penjaga tidak faham tentang sesuatu praktis i.e kenapa tak boleh bekukan susu selepas dicairkan dan sebagainya.

Salam Sayang Dr Kak Eza! Happy Breastfeeding okeh mommies..

Mudahan Penyusuan Anda Dengan Maryam Milk Booster - Supplemen Milk Booster Terbaik dan Paling Berkesan Untuk Meningkatkan Susu Dan Memekatkan Susu Anda..

Nak Tahu details? Boleh PM akak MMB2 ke 012 365 8107





TIPS TINGKATKAN SUSU UNTUK IBU BEKERJAYA

Penghasilan susu secara konsisten adalah sangat penting untuk setiap ibu yang bekerjaya. Justeru itu, ramai ibu yang berusaha keras menghasilkan bakalan yang mencukupi untuk anak kesayangan mereka. Namun, apa bila hasil susu perahan tidak seperti yang diharapkan, ibu akan berasa kecewa dan bimbang.


Dalam kebanyakkan kes, kekurangan kekerapan memerah susu semasa bekerja adalah sebab utama mengapa ibu bekerjaya berasa susu meraka semakin berkurangan walaupun pada awalnya adalah mencukupi. Ini kerana pada awalnya ibu lebih bersemangat untuk mengepam, semangat ini membantu untuk ibu lebih konsisten untuk perah susu 3 - 4 kali semasa bekerja. 


Namun, bila bebanan kerja bertambah, jadual memerah tidak dapat diikuti dengan lebih baik. Maka, bila selalu tertinggal waktu perah yang sepatutnya, badan akan dapat isyarat supaya tidak perlu untuk hasilkan susu dengan banyak. Maka, secara tidak lansung ini menyebabkan susu makin lama makin berkurangan.

Sebagai ibu bekerjaya, antara tips tambahan untuk atasi masalah kurang susu yang boleh anda buat termasuklah;
1. Menyusu dengan lebih kerap dengan menyusukan anak sebelum keluar bekerja, di rumah pengasuh ataupun semasa menjemput anak daripada taska. Boleh juga untuk menyusukan anak dengan lebih kerap sebelum tidur dan pada waktu malam.

2. Mengambil cuti untuk tujuan menyusukan bayi anda sahaja. Ini kerana walaupun ibu kerap mengepam, pam semulajadi yang lebih berkesan adalah bayi sendiri. Sebaiknya ambillah cuti 2 hari bersambung dengan cuti hujung minggu, ini membolehkan ibu mendapat 4 hari bercuti untuk menyusu dengan lebih kerap. Ambil peluang ini bersantai-santai dengan bayi dan menyusu mengikut kehendak bayi. Lama kelamaan, aliran susu ibu pasti kembali meningkat!

3. Pelbagaikan kaedah memerah susu;
    i. Tambah kekerapan perah susu di pejabat.
    ii. Perah susu selepas sesi penyusuan dan sejap selepas penyusuan.
    iii. Perah susu pada tengah malam
    iv. Perah susu pada waktu pagi
    v. Tambah 5 - 10 mins masa memerah pada setiap sesi.
    vi. Pelajari teknik-teknik mendapat refleks ejeksi susu.
   vii. Lakukan power pumping sebelum tidur malam atau sblum subuh setiap hari selama 2 minggu.

4. Mengambil makanan tambahan untuk bantu ibu tingkatkan dan pekatkan susu, serta membantu memberikan tenaga tambahan kerana ibu bekerjaya selalunya tidak mempunyai masa untuk makan dan sebagainya. Maryam Milk Booster adalah minuman supplemen susu coklat tambahan yang terbaik dan paling berkesan untuk membantu ibu menyusu. Namun diingatkan demand & supply adalah rule no 1 dalam penyusuan. Jaga demand, maka supply lebih mudah dijaga.

Mencukupkan bekalan susu untuk ibu bekerjaya adalah satu perkara yang amat penting bagi ibu bekerjaya yang menyusu. Justeru itu, ibu dinasihatkan untuk makan makanan yang seimbang, minum air dan rehat secukupnya. Ini kerana emosi ibu juga memainkan peranan yang sangat penting dalam penyusuan.

Keep positif and strong selalu okeh mommies...

Salam Sayang...






Tuesday 16 August 2016

GROWTH SPURT! APA NAK BUAT?

Bayi anda tetiba menyusu dengan kerap berbanding biasa?
Meragam?
Dan serba tak kena sepanjang hari?
Dah menyusu nak menyusu lagi?



"Growth spurt" atau dalam bahasa kita lebih dikenali sebagai "beralih bulan"" akan menjadikan bayi lebih cepat lapar kerana kadar pertumbuhan yang lebih pesat berbanding sebelum. Bayi akan menyusu dengan lebih kerap kerana badan mereka kini memerlukan kalori yang lebih banyak.

Sesetengah ibu mengambil keputusan untuk memberikan susu formula apabila berhadapan dengan situasi ini. Namun sebenarnya, ini tidak perlu, kerana penysuan yang lebih kerap sebenarnya akan menghantar signal supaya lebih banyak susu dihasilkan untuk menampung keperluan bayi anda.. Jangan risau dan tertekan dengan situasi ini kerana ini bukanlah tanda bayi anda tidak mendapat cukup susu.



Kebiasaannya, growth spurt ini selalunya berlaku pada bayi seawal 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan. Namun begitu diingatkan, setiap bayi adalah tidak sama, so kadar pertumbuhan bayi anda mungkin berbeza.

Jika anda bekerja dan tidak dapat meningkatkan kekerapan direct feeding, boleh mengamalkan power pumping untuk stimulate lebih banyak demand. Power pumping adalah satu kaedah memerah susu menggunakan pam susu untuk meniru rentak penyusuan bayi yang berubah semasa growth spurt.

Teknik ini biasanya meningkatkan susu yang dihasilkan walaupun anda tidak bersama bayi semasa bekerja.

Teknik Power Pumping (Single Pam)
1. Pam selama 10 mins di payudara kanan
2. Tukar sebelah kiri.
3. Pam selama 10 mins di payudara kiri
4. Ulangi langkah 1 - 3 (secara berselang seli) sehingga cukup 1 jam.

Teknik Power Pumping (Double Pam)
1. Pam di kedua-dua belah payudara selama 20 mins
2. Hentikan pam selama 20 mins
3. Pam semula selama 20 mins

Penting juga, minum segelas air panas suam sebelum dan selepas sesi, ini akan memudahkan let down refleks. Buat urutan breast sebelum sesi pam juga yer... Nanti akak kongsikan cara urutan rangsangan breast nie...

Jangan lupa, boleh amik sedikit makanan untuk gantikan balik tenaga yang hilang semasa sesi pam tadi. Dengan ini, badan anda lebih bersedia untuk penghasilan susu yang lebih banyak.

Untuk mengatasi masalah nie, ibu juga disarankan untuk ambil makanan tambahan (milk booster) untuk tingkatkan penghasilan susu untuk menambah demand yang semakin meningkat. Maryam milk booster adalah antara supplemen milk booster terbaik yang paling berkesan membantu ramai ibu menyusu untuk tingkatkan dan pekatkan susu mereka.

KHASIAT KURMA UNTUK IBU HAMIL & MENYUSU

Surah Maryam ayat 25:
“ Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak"

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.



Kurma adalah buahan syurga yang sangat bagus untuk ibu hamil dan menyusu. Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya : “ Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa a.s adalah buah KURMA.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, membolehkan kita meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah s.w.t dengan lebih bertenaga.

Untuk Ibu Menyusu dan berpuasa, boleh cuba juga untuk ambil kurma seperti berikut:

Semasa Berbuka: 3 Biji Kurma
Selepas Terawih: 3 - 5 Biji Kurma
Sesi Penyusuan Malam: 1 - 2 Biji Kurma Selepas Menyusu. Makan Bersama Air Suam Segelas
Semasa Bersahur: 3 Biji Kurma Sebagai Penutup Sahur.

Kurma juga adalah salah satu bahan asas yang terdapat dalam Maryam Milk Booster disamping 9 lagi bahan lain yang menjadikan maryam adalah salah satu supplement milk booster paling berkesan untuk ibu menyusu! Antara khasiat lain Maryam Milk Booster nie termasuklah..

Membantu Banyakkan Susu Ibu (Kuaniti Susu)
Membantu Memekatkan Susu Ibu (Kualiti Susu)
Membekalkan Tenaga Untuk Ibu Sepanjang Hari
Membantu Membekalkan Zat Besi Kepada Ibu Dan Anak
Membantu Membekalkan Mineral Secukup Kepada Ibu Dan Anak
Membantu Membekalkan Kalsium Dan Menguatkan Tulang Ibu Selepas Bersalin
Membantu Mengurangkan Kadar Kolesterol Dalam Badan
Mebantu Kesihatan Perut Dan Usus Besar
Sebagai Prebiotik Untuk Ibu Dan Anak
Membantu Mengelakkan Sembelit
Untuk bayi (Mendapat Segala Kelebihan Kebaikan Susu Ibu Yang Cukup Nutrisi)


NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG PRODUK MILK BOOSTER TERBAIK NIE?

Sebarang Pertanyaan

Dan Tempahan

Hubungi Kami Di

SMS/WHATSAPP

PM 'MMB5' KE 012 365 8107
PM 'MMB5' KE 012 365 8107

‪#‎milkboosterterbaik‬
‪#‎milkboosterfood‬
‪#‎milkboosterforbreastfeeding‬
‪#‎milkboosterpalingberkesan‬
‪#‎maryammilkbooster‬

PERLUKAH BERPANTANG MAKAN SEMASA MENYUSU BAYI?

"Eh.. Ko nie.. Mana leh makan buah A tu.. nie kan sejuk.. Kalau makan sayur B nie pulak nanti anak kembung sebab angin"

Biasa tak dengan dialog kat atas tu? Hal ini sebenarnya menjadikan ibu jadik bertambah risau.. apa yang boleh di makan sebenarnya. Sehingga satu peringkat ada ibu yang terlalu ekstrim berpantang sehingga meninggalkan makanan seimbang buat dirinya.

Sebenarnya, secara amnya tiada makanan khusus yang perlu ibu tinggalkan atau jauhi kerana Makanan A mungkin sesuai untuk ibu A tapi tidak untuk ibu B (begitu juga sebaliknya). Jadi, makan apa yang ibu rasakan sesuai, namun pada masa yang sama pantau keadaan bayi (tanda alahan) kerana ada kalanya bayi ada alahan dengan makanan yang dimakan oleh ibu. 

1. Bayi menunjukkan tanda-tanda alahan seperti muntah, cirit birit dan sakit perut.
2. Bayi menunjukkan tanda-tanda seperti selesema, lelah dan gata-gatal kulit.

Namun, bagi bayi yang menyusu susu ibu keadaan ini sebenarnya jarang berlaku. Dan, sekiranya ia berlaku lazimnya disebabkan oleh alahan bayi terhadap makanan yang dimakan oleh ibunya dan bukannya sebab penyusuan ibu!

Jadi, makanlah makanan yang seimbang kerana ibu menyusu memerlukan ekstra 500 kcal berbanding wanita biasa!

Nak tahu cara cepat untuk memperbanyakkan dan memekatkan susu anda? MARYAM MILK BOOSTER adalah supplemen milk booster terbaik yang boleh membantu anda!



Untuk tahu lebih lanjut tentang Maryam Milk Booster boleh hubungi staff kami seperti di bawah;

PM "MMB 4" Ke 012 365 8107
PM "MMB 4" Ke 012 365 8107
PM "MMB 4" Ke 012 365 8107

‪#‎milkboosterterbaik‬
‪#‎milkboosterfood‬
‪#‎milkboosterforbreastfeeding‬
‪#‎milkboosterpalingberkesan‬
‪#‎maryammilkbooster‬

PASTIKAN BOTOL SIMPANAN SUSU ANDA BEBAS BPA

Botol simpanan susu yang mengandung Bisphenol-A (BPA) sangat berbahaya bagi kesihatan bayi. BPA merupakan bahan kimia pada plastik berbahan polikarbonat yang banyak digunakan pada botol bayi. Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'BPA' berkuat kuasa 1 Mac 2012 (Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai). Namun, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.



Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Kod Identifikasi Plastik                  

Antara sebab kenapa BPA nie tidak boleh digunakan dalam peralatan bayi termasuklah;

1. Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
2. Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
3. Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
4. Masalah kegemukan atau obesiti
5. Kecacatan pada bayi baru lahir
6. Menambahkan risiko kematian bayi
7. Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
8. Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung                            
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Antara contoh jenama botol susu yang bebas BPA adalah seperti di bawah yer mommies...


Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat : 

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit. 
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. 
3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. 
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Jadi, untuk ibu yang menggunakan botol untuk menyimpan susu, pastikan anda menggunakan botol yang betul. Elakkan menggunakan botol yang mengandungi BPA untuk menyimpan stok susu anda!

Happy Breastfeeding okeh mommies!

‪#‎milkboosterterbaik‬
‪#‎milkboosterfood‬
‪#‎milkboosterforbreastfeeding‬
‪#‎milkboosterpalingberkesan‬
‪#‎maryammilkbooster‬

PUTING LUKA SEMASA MENYUSU: PATUTKAH SAYA BERHENTI MENYUSU?

Penyusuan Ibu tidak sepatutnya menyakitkan. Kadangkala ibu mendapati putingnya agak tegang/sakit selepas beberapa hari ibu mula menyusu. Kesakitan ini akan hilang setelah ibu dan bayi dapat menyusu dengan lebih baik.

Namun, sekiranya keadaan ini amat menyakitkan sehingga ibu takut untuk memberi bayi menghisap pada payudara ataupun kelihatan luka pada puting, keadaan ini tidak lagi normal dan perlu diberi perhatian khusus.



Kebiasannya, Masalah PUTING LUKA ini disebabkan oleh:
1. Pelekapan yang salah (boleh refer notes akak yang sebelum nie tentang pelekapan)

2. Bayi menarik payudara semasa mengakhiri penyusuan
3. Breast pump yang tidak bagus menyedut puting dan payudara terlalu kuat dan menyebabkan regangan dan iritasi kepada puting.
4. Jangkitan Candida boleh dijangkiti daripada mulut bayi ke payudara ibu.
5. Infant tongue tie boleh menyebabkan geseran pada puting (rujuk pakar perubatan)

Dalam proses penyembuhan, antara tips yang boleh anda lakukan termasuklah;
1. Letakkan hindmilk pada puting payudara setelah bayi selesai menyusu dan biarkan ia kering.
2. Buat tuaman suam di payudara untuk merangsang let down reflex dan susu mudah mengalir
3. Mulakan penyusuan pada payudara yang tidak sakit terlebih dahulu supaya rangsangan let down reflex terjadi pada payudara yang sakit.
4. Perlahan –lahan keluarkan puting payudara dari mulut bayi sekiranya bayi telah tertidur.
5. Basuh payudara ibu setiap kali mandi dan bukannya pada setiap sesi penyusuan
6. Elakkan penggunaan sabun pada puting payudara kerana ia menyebabkan kekeringan.

Paling penting, sentiasa positif dan berusaha dalam penyusuan. Dan antara perkara yang tak patut anda lakukan semasa mengalami masalah ini termasuklah;

1. Jangan berhentikan penyusuan untuk merehatkan puting. Payudara ibu akan lebih bengkak dan akan menyebabkan bayi lebih sukar melekap pada payudara. Penghasilan susu akan berkurangan sekiranya susu tidak dikeluarkan dari payudara.
2. Jangan hadkan kekerapan dan tempoh penyusuan. Menghadkan penyusuan tidak akan membantu mengatasi masalah.
3. Jangan sapu sebarang losyen/minyak pada payudara dan puting yang boleh membahayakan bayi
4. Jangan menggunakan pelapik puting nipple shield sebagai amalan kebiasaan kerana boleh menyebabkan lebih banyak masalah. Sesetengah pelapik (shield) boleh mengakibatkan kurang ransangan pada payudara dan mengurangkan susu ibu yang dikeluarkan . Seterusnya keadaan ini akan mengakibatkan kurang penghasilan susu.

‪#‎milkboosterterbaik‬
‪#‎milkboosterfood‬
‪#‎milkboosterforbreastfeeding‬
‪#‎milkboosterpalingberkesan‬
‪#‎maryammilkbooster‬

PERBEZAAN FOREMILK (SUSU AWAL) VS HINDMILK (SUSU PEKAT)

Foremilk – Susu awalan yang keluar pd awal2 sesi mengepam atau sewaktu baby menyusu. Biasanya lebih cair kerana mengandungi lebih banyak air untuk menghilangkan dahaga baby. Biasanya waktu siang kandungan foremilk adalah lebih tinggi kerana cuaca lebih panas.

Hindmilk – Susu akhiran yang keluar setelah beberapa ketika kita mengepam/menyusu. Sebab tu disarankan untuk menyusukan baby sekurang-kurangnya 15 – 20 mins untuk pastikan baby mendapat hindmilk secukupnya. Hindmilk adalah lebih pekat dan mengandungi kandungan lemak yang lebih tinggi. Hindmilk adalah lebih banyak pada waktu malam dan kekerapan kosongkan breast dapat menghasilkan susu yang lebih pekat.


Lagi kerap payudara dikosongkan lebih pekat susu yg akan terhasil. Ini kerana kandungan foremilk (susu cair) akan jadi lebih banyak jika payudara dibiarkan bengkak baru nak pam. Pastikan jarak masa 2-3 jam sekali untuk kosongkn payudara secara konsisten.. 


Nak tahu cara cepat untuk pekatkan susu? 
Maryam Milk Booster adalah supplemen milk booster terbaik dan berkesan untuk tingkatkan dan pekatkan susu


Untuk Pertanyaan Lanjut

PM "MMB 3" KE 012 365 8107