Penghasilan susu secara konsisten adalah sangat penting untuk setiap ibu yang bekerjaya. Justeru itu, ramai ibu yang berusaha keras menghasilkan bakalan yang mencukupi untuk anak kesayangan mereka. Namun, apa bila hasil susu perahan tidak seperti yang diharapkan, ibu akan berasa kecewa dan bimbang.
Dalam kebanyakkan kes, kekurangan kekerapan memerah susu semasa bekerja adalah sebab utama mengapa ibu bekerjaya berasa susu meraka semakin berkurangan walaupun pada awalnya adalah mencukupi. Ini kerana pada awalnya ibu lebih bersemangat untuk mengepam, semangat ini membantu untuk ibu lebih konsisten untuk perah susu 3 - 4 kali semasa bekerja.
Namun, bila bebanan kerja bertambah, jadual memerah tidak dapat diikuti dengan lebih baik. Maka, bila selalu tertinggal waktu perah yang sepatutnya, badan akan dapat isyarat supaya tidak perlu untuk hasilkan susu dengan banyak. Maka, secara tidak lansung ini menyebabkan susu makin lama makin berkurangan.
Sebagai ibu bekerjaya, antara tips tambahan untuk atasi masalah kurang susu yang boleh anda buat termasuklah;
1. Menyusu dengan lebih kerap dengan menyusukan anak sebelum keluar bekerja, di rumah pengasuh ataupun semasa menjemput anak daripada taska. Boleh juga untuk menyusukan anak dengan lebih kerap sebelum tidur dan pada waktu malam.
2. Mengambil cuti untuk tujuan menyusukan bayi anda sahaja. Ini kerana walaupun ibu kerap mengepam, pam semulajadi yang lebih berkesan adalah bayi sendiri. Sebaiknya ambillah cuti 2 hari bersambung dengan cuti hujung minggu, ini membolehkan ibu mendapat 4 hari bercuti untuk menyusu dengan lebih kerap. Ambil peluang ini bersantai-santai dengan bayi dan menyusu mengikut kehendak bayi. Lama kelamaan, aliran susu ibu pasti kembali meningkat!
3. Pelbagaikan kaedah memerah susu;
i. Tambah kekerapan perah susu di pejabat.
ii. Perah susu selepas sesi penyusuan dan sejap selepas penyusuan.
iii. Perah susu pada tengah malam
iv. Perah susu pada waktu pagi
v. Tambah 5 - 10 mins masa memerah pada setiap sesi.
vi. Pelajari teknik-teknik mendapat refleks ejeksi susu.
vii. Lakukan power pumping sebelum tidur malam atau sblum subuh setiap hari selama 2 minggu.
4. Mengambil makanan tambahan untuk bantu ibu tingkatkan dan pekatkan susu, serta membantu memberikan tenaga tambahan kerana ibu bekerjaya selalunya tidak mempunyai masa untuk makan dan sebagainya. Maryam Milk Booster adalah minuman supplemen susu coklat tambahan yang terbaik dan paling berkesan untuk membantu ibu menyusu. Namun diingatkan demand & supply adalah rule no 1 dalam penyusuan. Jaga demand, maka supply lebih mudah dijaga.
Mencukupkan bekalan susu untuk ibu bekerjaya adalah satu perkara yang amat penting bagi ibu bekerjaya yang menyusu. Justeru itu, ibu dinasihatkan untuk makan makanan yang seimbang, minum air dan rehat secukupnya. Ini kerana emosi ibu juga memainkan peranan yang sangat penting dalam penyusuan.
Keep positif and strong selalu okeh mommies...
Salam Sayang...
#milkboosterterbaik
#milkboosterfood
#milkboosterforbreastfeeding
#milkboosterpalingberkesan
#maryammilkbooster
#milkboosterfood
#milkboosterforbreastfeeding
#milkboosterpalingberkesan
#maryammilkbooster
No comments:
Post a Comment