Bayi anda tetiba menyusu dengan kerap berbanding biasa?
Meragam?
Dan serba tak kena sepanjang hari?
Dah menyusu nak menyusu lagi?
"Growth spurt" atau dalam bahasa kita lebih dikenali sebagai "beralih bulan"" akan menjadikan bayi lebih cepat lapar kerana kadar pertumbuhan yang lebih pesat berbanding sebelum. Bayi akan menyusu dengan lebih kerap kerana badan mereka kini memerlukan kalori yang lebih banyak.
Sesetengah ibu mengambil keputusan untuk memberikan susu formula apabila berhadapan dengan situasi ini. Namun sebenarnya, ini tidak perlu, kerana penysuan yang lebih kerap sebenarnya akan menghantar signal supaya lebih banyak susu dihasilkan untuk menampung keperluan bayi anda.. Jangan risau dan tertekan dengan situasi ini kerana ini bukanlah tanda bayi anda tidak mendapat cukup susu.
Kebiasaannya, growth spurt ini selalunya berlaku pada bayi seawal 10 hari, 3 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan. Namun begitu diingatkan, setiap bayi adalah tidak sama, so kadar pertumbuhan bayi anda mungkin berbeza.
Jika anda bekerja dan tidak dapat meningkatkan kekerapan direct feeding, boleh mengamalkan power pumping untuk stimulate lebih banyak demand. Power pumping adalah satu kaedah memerah susu menggunakan pam susu untuk meniru rentak penyusuan bayi yang berubah semasa growth spurt.
Teknik ini biasanya meningkatkan susu yang dihasilkan walaupun anda tidak bersama bayi semasa bekerja.
Teknik Power Pumping (Single Pam)
1. Pam selama 10 mins di payudara kanan
2. Tukar sebelah kiri.
3. Pam selama 10 mins di payudara kiri
4. Ulangi langkah 1 - 3 (secara berselang seli) sehingga cukup 1 jam.
Teknik Power Pumping (Double Pam)
1. Pam di kedua-dua belah payudara selama 20 mins
2. Hentikan pam selama 20 mins
3. Pam semula selama 20 mins
Penting juga, minum segelas air panas suam sebelum dan selepas sesi, ini akan memudahkan let down refleks. Buat urutan breast sebelum sesi pam juga yer... Nanti akak kongsikan cara urutan rangsangan breast nie...
Jangan lupa, boleh amik sedikit makanan untuk gantikan balik tenaga yang hilang semasa sesi pam tadi. Dengan ini, badan anda lebih bersedia untuk penghasilan susu yang lebih banyak.
Untuk mengatasi masalah nie, ibu juga disarankan untuk ambil makanan tambahan (milk booster) untuk tingkatkan penghasilan susu untuk menambah demand yang semakin meningkat. Maryam milk booster adalah antara supplemen milk booster terbaik yang paling berkesan membantu ramai ibu menyusu untuk tingkatkan dan pekatkan susu mereka.
No comments:
Post a Comment