Wednesday 31 August 2016

BAYI SAYA KELIRU PUTING! CARA PEMBERIAN SUSU MENGGUNAKAN CAWAN

Kajian mendapati 95% bayi akan menjadi keliru puting sekiranya diberikan puting tiruan seawal 3 - 4 minggu kelahirannya. Sebaiknya, tunggu sehingga bayi berusia 4 minggu sebelum memperkenalkan penggunaan botol susu kepadanya.


Secara alternatif  jika bayi tidak boleh menyusu secara langsung dengan anda atas sebab-sebab tertentu, anda boleh menggunakan cawan penyusuan, sudu kecil atau picagari dan lain-lain untuk menyusui bayi anda. Teknik pemberian susu kepada bayi dengan menggunakan cawan adalah seperti berikut;

  1. Letakkan bayi dalam kedudukan menegak (upright ~ 90%) atau condongkan sikit (Semi Upright ~45%) di atas ribaan anda.
  2. Ampu belakang bayi, kepala, leher, dan punggung
  3. Pegang cawan/sudu kecil yang mengandungi perahan susu ibu.
  4. Sentuhkan cawan/sudu di bahagian bibir bawah bayi dan hujung permukaan cawan menyentuh bibir atas bayi.
  5. Apabila bayi tersedar, dia akan membuka mulut dan matanya.
  6. Condongkan sedikit cawan / sudu sehingga susu mencecah lidah bayi dan biarkan bayi menghirup perlahan-lahan dan menelan susu.
Pada permulaannya, adalah biasa untuk susu tumpah sedikit. Namun, lama kelamaan apabila pemberian stabil, susu akan lebih banyak masuk ke dalam mulut bayi. Apabila kenyang, bayi akan berhenti menghirup dengan sendiri. Jadi, pastikan anda tidak menuang perahan susu ibu terus ke dalam mulut bayi.

Jika masalah keliru puting ini berlaku sebenarnya, lebh sukar untuk memujuk bayi menyusu daripada payudara ibu. Bila payudara ibu kurang diransang, maka penghasilan susu juga akan berkurangan. Jadi adalah penting untuk memastikan ransangan kepada payudara dilakukan secara konsisten!

#maryammilkbooster
#mithalimoms
#milkboosterterbaik
#milkboosterberkesan
#susubanyak
#susupekat
#milkboosterpalingberkesan

No comments:

Post a Comment