Wednesday 8 February 2017

7 Tips Naikkan Berat Bayi Dengan Susu Ibu



Secara purata berat bayi baru lahir yang cukup bulan adalah di antara 2500 – 4500 gram. Berat bayi semasa lahir sebenarnya ditentukan oleh faktor genetik, kesihatan ibu sepanjang kehamilan, dan nutrisi yang baru perolehi semasa dalam kandungan. Namun. JANGAN RISAU jika berat bayi anda rendah semasa mula kelahirannya, kerana yang lebih penting adalah berat bayi selepas kelahirannya.
Di awal kelahiran, bayi akan mengalami kehilangan 5 hingga 7% berat semasa dilahirkan kerana bayi akan banyak membuang najis mekonim (berwarna hijau kehitaman) dan juga kerana kehilangan air daripada badannya. Namun keadaan ini akan menjadi normal semula selepas 10 – 14 hari kelahirannya,
Diingatkan, tumbesaran bayi bukan hanya diukur dengan perkembangan berat badan sahaja. Jadi, JANGAN SUKA-SUKA labelkan anak anda tidak membesar secukupnya. Antara faktor lain selain kenaikan berat bayi adalah ketinggian bayi  dan juga penambahan ukur lilit kepala. Berikut merupakan panduan am tumbesaran  untuk bayi yang menyusu badan;
  • Purata kenaikan berat bagi bayi 0-4 bulan adalah 170 gram seminggu atau di antara 150-240gram ( min 600 gram sebulan )
  • Purata kenaikan berat bagi bayi 4-6 bulan adalah 110 – 140 gram seminggu ( min 440 gram sebulan )
  • Purata kenaikan berat bagi bayi 6-12 bulan adalah 60 – 110 gram seminggu ( min 240 gram sebulan )
  • Purata ketinggian bayi bagi 0-6 bulan adalah 2.5cm/bulan dan 1.27cm/bulan bagi bayi 6-12 bulan
  • Purata penambahan ukur lilit kepala bagi bayi 0-6 bulan pula adalah 1.27cm/bulan atau 64mm/bulan bagi bayi 6-12 bulan
JADI, BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU UNTUK MENAIKKAN BERAT ANAK ANDA YANG MENYUSU BADAN…
  1. Pastikan bayi yang diberi susu ibu mengikut permintaannya, dan ditawarkan penyusuan tanpa had lebih mudah untuk menambah berat badan lebih cepat.
  2. Pastikan bayi anda menyusu lebih lama di satu-satu payudara untuk mendapatkan lebih banyak hindmilk (susu akhiran yang mempunyai lebih banyak kandungan lemak). Tunggu sehingga bayi lepaskan sendiri sebelum menawarkan payudara yang lagi satu kepada bayi anda.
  3. Susukanlah bayi anda dengan lebih kerap pada waktu malam, ini kerana pada waktu malam hormon prolaktin lebih banyak terhasil, dan kandungan lemak dalam susu ibu pada waktu malam juga adalah lebih tinggi.
  4. Susukan bayi anda dengan kerap ini kerana lagi kerap payudara dikosongkan lebih pekat susu yg akan terhasil. Ini kerana kandungan foremilk (susu cair) akan jadi lebih banyak jika payudara dibiarkan bengkak baru nak pam/perah/direct feeding. Ini menyebabkan kandungan kalori dan lemak dalam susu akan jadi lebih rendah. Pastikan juga jarak masa 2-3 jam sekali untuk kosongkan payudara secara konsisten.
  5. Jika perlu, asingkan foremilk dan hindmilk, dan beri anak anda minum minum hindmilk. Cara bagaimana anda dapat mengasingkan foremilk dan hindmilk;
    • Jika bayi hanya menyusu direct, pam dan simpan terlebih dulu foremilk dan bagi baby minum hindmilk secara direct.
    • Jika bagi tujuan perahan untuk simpan (EBM), pam foremilk (sehingga susu pekat mula keluar), henti dan tukar botol. Pam semula hindmilk dan bagi bayi minum hindmilk.
  6. Untuk meransang lebih banyak kandungan lemak didalam foremilk (susu awal), ibu boleh untuk mengurut payudara semasa bayi menghisap susu secara direct.
  7. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat serta mencukupi untuk tenaga harian untuk pastikan susu yang dihasilkan adalah berkualiti (Boleh ambil makanan tambahan seperti Maryam Milk Booster untuk tambah tenaga, tingkatkan dan pekatkan susu serta membekalkan pelbagai nutrisi lain). Hindari tekanan yang membuatkan anda stress dan seterusnya dapat menyebabkan kualiti dan kuantiti susu kurang.
Tips di atas adalah perkara yang boleh anda lakukan untuk tambah berat badan anak anda yang masih menyusu bada sepenuhnya. Namun, diingatkan bayi ada tidak perlu bersemangat atau gemuk gedempol! Paling penting adalah perkembangan otak, fizikal dan motor skil adalah sejajar dengan perkembangan usia. Susukanlah bayi anda dengan sepenuh jiwa dan kasih sayang serta percaya bahawa badan manusia memang tercipta khas untuk hasilkan susu yang secukupnya untuk anak manusia.
original article: http://www.mithalimoms.com.my/7-tips-naikkan-berat-bayi-dengan-susu-ibu/

No comments:

Post a Comment