Ibu bekerjaya hendaklah membekalkan susu perahan dengan sukatan dan aturan yang betul kepada penjaga. Ini adalah penting kerana ia dapat memastikan susu perahan dapat diberi dengan betul kepada bayi anda. Ia juga akan memudahkan kerja penjaga. Antara tips yang boleh ibu amalkan termasuklah..
1. Simpan susu yang diperah di dalam botol mengikut sukatan yang biasa diminum oleh bayi bagi setiap sesi. Kebiasaanya 2 - 4 oz untuk setiap botol.
2. Elakkan memberikan bekalan susu perahan di dalam plastik kerana ini akan menyusahkan penjaga bagi memindahkan susu ke dalam botol sebelum dipanaskan. Kebarangkalian untuk susu tumpah juga adalah lebih tinggi.
3. Bekalkan beberapa botol susu perahan yang sejuk (bukan susu beku) kepada penjaga, bergantung kepada keperluan bayi anda.
4. Label setiap botol dengan aturan yang betul bermula daripada no 1 dan seterusnya. Label di atas penutup botol supaya mudah dilihat oleh penjaga. Tuliskan juga tarikh susu di perah.
5. Apabila botol siap dilabel, masukkan ke dalam satu bekas yang muat kesemua botol tersebut. label bekas tersebut dengan nama bayi supaya tidak tertukar dengan bayi lain.
6. Simpan bekas tersebut dalam peti sejuk di bahagian bawah untuk dibekalkan kepada penjaga keesokkan harinya.
7. Keesokkan hari, masukkan bekas berisi botol susu itu ke dalam beg tahan sejuk dan isikan pek ais. Ini bagi memastikan susu tetap stabil semasa perjalanan ke rumah penjaga atau taska.
8. Sampai di rumah penjaga atau taska, masukkan bekas tersebut ke dalam peti sejuk. Pek ais dan beg tahan sejuk boleh dibawah ke pejabat bagi menyimpan stok susu yang diperah di pejabat.
Paling penting, dapatkan penjaga yang menyokong penyusuan ibu dan berbincang dengan baik tentang cara pengendalian susu perahan. Ini kerana tak semua orang gemar diberi arahan walaupun daripada ibu yang mengupahnya untuk menjaga bayinya. Kekalkan hubungan baik dengan penjaga.
Sekiranya penjaga sudah biasa mengendalikan susu perahan, bincang dan faham secara baik praktis penjaga sekarang. Dan jika semua praktis adalah betul, elakkan memperkenalkan cara baru kepada penjaga. Hanya betulkan yang mana perlu jika ada antara praktis tersebut tidak memenuhi kehendak ibu.
Jika penjaga tidak biasa mengendalikan susu perahan, perbincangan secara terperinci diperlukan. Untuk memudahkan penjaga, ibu boleh membuat pesanan secara bertulis untuk elakkan kekeliruan. Beri penerangan dengan lebih jelas jika penjaga tidak faham tentang sesuatu praktis i.e kenapa tak boleh bekukan susu selepas dicairkan dan sebagainya.
Salam Sayang Dr Kak Eza! Happy Breastfeeding okeh mommies..
Mudahan Penyusuan Anda Dengan Maryam Milk Booster - Supplemen Milk Booster Terbaik dan Paling Berkesan Untuk Meningkatkan Susu Dan Memekatkan Susu Anda..
Nak Tahu details? Boleh PM akak MMB2 ke 012 365 8107
No comments:
Post a Comment