Pengambilan kalori tambahan ini sebenarnya bergantung kepada kalori yg diperlukan untuk aktiviti seharian, berat ibu dan juga faktor nutrisi ibu (tidak termasuk utk laktasi). Ibu yg kurang aktif mungkin memerlukan kalori yang lebih sedikit berbanding dengan ibu yg lebih aktif, atau mempunyai lemak badan yang rendah dan sebagainya.
Jadi? Macam mana Nak TENTUKAN saya perlu ambil EKSTRA 200 ke.. 300 ke.. 400 ke.. 500 ke.. ekstra KALORI setiap hari?
Ia sebenarnya bergantung kepada 2 faktor;
1. Tahap Penyusuan Ibu
Adakah anak anda menyusu sepenuhnya atau tidak? atau sekadar 1 - 2 kali sehari? Sekiranya anak anda tidak menyusu secara eksklusif sudah tentunya keperluan kalori adalah lebih rendah.
2. Lemak Tersimpan (Mom's Fat Reserves)
Adakah BMI anda rendah? tinggi? atau kat tengah2x? Jika BMI anda rendah, sudah tentunya anda memerlukan lebih ekstra kalori daripada diet anda daripada ibu yang mempunya BMI yang lebih tinggi.
Namun, perlu diingatkan, pengambilan kalori yang kurang daripada1500 - 1800 mungkin menyebabkan risiko bekalan susu berkurangan. Ibu-ibu menyusu juga disarankan mengambil suplemen tambahan yang berupaya untuk memastikan ibu lebih bertenaga untuk kerja seharian.
#mithalimoms
#maryammilkbooster
#milkboosterterbaik
#milkboosterpalingberkesan
#milkboosterfood
#milkboostersupplement
No comments:
Post a Comment