Tuesday, 16 August 2016

PASTIKAN BOTOL SIMPANAN SUSU ANDA BEBAS BPA

Botol simpanan susu yang mengandung Bisphenol-A (BPA) sangat berbahaya bagi kesihatan bayi. BPA merupakan bahan kimia pada plastik berbahan polikarbonat yang banyak digunakan pada botol bayi. Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'BPA' berkuat kuasa 1 Mac 2012 (Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai). Namun, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.



Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
Kod Identifikasi Plastik                  

Antara sebab kenapa BPA nie tidak boleh digunakan dalam peralatan bayi termasuklah;

1. Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
2. Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
3. Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
4. Masalah kegemukan atau obesiti
5. Kecacatan pada bayi baru lahir
6. Menambahkan risiko kematian bayi
7. Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
8. Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung                            
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Antara contoh jenama botol susu yang bebas BPA adalah seperti di bawah yer mommies...


Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat : 

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit. 
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. 
3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. 
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Jadi, untuk ibu yang menggunakan botol untuk menyimpan susu, pastikan anda menggunakan botol yang betul. Elakkan menggunakan botol yang mengandungi BPA untuk menyimpan stok susu anda!

Happy Breastfeeding okeh mommies!

‪#‎milkboosterterbaik‬
‪#‎milkboosterfood‬
‪#‎milkboosterforbreastfeeding‬
‪#‎milkboosterpalingberkesan‬
‪#‎maryammilkbooster‬

No comments:

Post a Comment