Thursday, 18 August 2016

RISIKO MEMBELI PAM TERPAKAI

Food Drug Administration (FDA) tidak menggalakkan penggunaan pam terpakai ataupun berkongsi pam anatara dua atau lebih pengguna. Ini bagi mengelakkan daripada risiko jangkitan kuman daripada seorang pengguna kepada pengguna yang lain.

Hal ini kerana bukan semua bahagian pam yang dapat dicuci atau disterilkan, dan kebanyakkan pam pula tidak direka dengan mekanisme menggelakkan susu yang diperah termasuk ke dalam motor melalui tiub sambungannya. Ini menyebabkan kemungkinan susu daripada tiub termasuk ke dalam motor dan mencemari pam tersebut.

Malah risiko bertambah jika membeli pam terpakai secara atas talian kerana kebarangkalian terbeli pam yang tidak berkualiti dan tidak sesuai adalah tinggi. Ibu juga sukar untuk tahu berapa lama pam tersebut sudah digunbakan, dan sekiranya tidak bernasib baik ibu mungkin kerugian kerana terbeli pam yang rosak.

Sebaiknya, lebih sesuai untuk ibu berusaha mengumpul wang dan membeli pam susu yang baru. Namun, jika keadaan ekonomi tidak mengizinkan dan ibu telah membuat keputusan untuk membeli pam terpakai, ibu disarankan supaya membeli botol, tiub dan corong baru. Namun diingatkan, ia tidak mengurangkan risiko jangkitan antara pengguna.

Walaupun pembelian pam terpakai ini tidak digalakkan, namun terpulang kepada ibu membuat keputusan terbaik selepas meneliti pelbagai aspek.

Salam Sayang Penyusuan

#milkboosterterbaik
#milkboosterfood
#milkboosterforbreastfeeding
#milkboosterpalingberkesan
#maryammilkbooster

No comments:

Post a Comment