Paling penting untuk sentiasa positif, percaya yang susu akan banyak dan buat tips seperti di bawah ini untuk tambah susu badan;
1. Perah susu sambil menyusukan anak (Tandem Nursing).
- Ia dapat meningkatkan refleks ejeksi susu kerana kedua-dua payudara digunakan dengan serentak
Jika ibu pertama kali melakukan tandem nursing ini, mungkin ibu akan berasa sedikit sukar kerana akan berasa tidak cukup tangan. Tapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa, lama kelamaan ibu akan mengetahui posisi terbaik yang dapat dicuba. Lazimnya, posisi mendakap (football hold), badan dan kaki bayi diampu dengan bantal adalah posisi yang sesuai kerana kaki bayi dapat dielakkan daripada menggangu proses memerah pada payudara sebelah lagi (rujuk gambar di bawah).
Paling penting, pastikan bayi selesa, badan bayi disokong sepenuhnya dengan bantal dan bayi dapat melekap dengan sempurna. Kemudian, barulah satu tangan lagi digunakan bagi meletakkan pam di payudara sebelah lagi.
2. Perah selepas menyusu
- Ia dapat memberi isyarat kepada badan ibu supaya lebih banyak menghasilkan susu.
Pada permulaan, adalah biasa mungkin tidak banyak susu yang keluar, tetapi selepas beberapa hari, badan ibu akan mula menyesuaikan diri dengan rutin ini dan lebih banyak susu dapat dikumpulkan.
Bila waktu yang sesuai?
Sejam selepas menyusu adalah waktu yang terbaik. Sebaiknya, jangan tunggu lama selepas menyusu bagi memerah.
3. Memerah pada tengah malam
Hormon prolaktin adalah paling tinggi pada waktu tengah malam dan awal pagi. Anda boleh ambil peluang ini untuk memerah dan mendapatkan jumlah susu yang banyak bagi dijadikan stok. Boleh juga sekiranya ibu membuat stimulasi demand dengan melakukan power pumping sekali setiap hari selama 2 minggu.
4. Mengambil supplemen tambahan (milk booster)
Pastikan anda mengambil supplemen milk booster yang berasaskan makanan yang memberi tenaga kerana dalam penyusuan ibu bekerja acapkali ibu akan berasa keletihan kerana jadual makan yang tidak menentu dengan bebanan kerja yang banyak. Hal ini akan menyebabkan ibu keletihan, dan seterusnya memberi tekanan kepada ibu.
Akak nak berkongsi juga pengalaman ibu bekerja yang mengambil Maryam Milk Booster sebagai supplemen tambahan;
"Semasa awal-awal masuk kerja, Za hanya dapat 3 - 5 oz je setiap kali sesi pemerahan. Hati ibu mana yang tak risau stok masih lagi tak cukup dan Za dah kena kembali bekerja. Sangat risau sebenarnya stok yang Za ada sekarang nie tak cukup, tambahan pula baby Za nie mmg jenis yang memang semangat minum susu. Alhamdulillah, Za disyorkan untuk mengambil maryam milk booster sebagai supplement tambahan oleh kawan baik Za sendiri yang memang dah pun berjaya dengan maryam milk booster nie.
Pada hari pertama saya masuk kerja, alhamdulillah, Za cuba konsisten untuk pam 3 kali pada waktu bekerja dan berjaya mengumpul 20 oz (6 - 7 oz untuk setiap sesi). Berkat usaha yang berterusan dan dengan keberkesanan ambil maryam nie, kini Za berjaya untuk dapatkan secara konsisten 12 oz untuk setiap sesi (total 36 oz). Paling penting bagi Za keep positif dan konsisten berusaha serta bertawakkal kepada Allah.
Dan yang paling best sepanjang pengambilan maryam nie Za rasa lebih bertenaga dan kurang rasa letih. Ini sebenarnya yang terus bagi Za semangat dan tenaga untuk konsisten dalam usaha untuk pam"
Pn Za, Melaka
Jadi, untuk ibu bekerja, yang baru nak mulakan sesi penyimpanan stok anda, advise akak jangan berputus asa berusaha untuk anda. Keep in mind yang anda sedang memberikan susu yang terbaik dalam dunia ini untuk anda. Baiknya susu ibu ini, kajian mengatakan walaupun susu ibu yang kekurangan zat makanan yang teruk seperti di negara perang adalah jauh lebih baik daripada susu formula. Jadi, jangan mudah berputus asa, sebab anda ibu yang hebat.
Nak jadi ibu yang hebat lagi dalam penyusuan anda? Jadilah ibu yang hebat dalam menjaga demand! Kerana selagi ada demand selagi itulah ada supply...
Nak tahu cara cepat untuk
memperbanyakkan dan memekatkan susu anda?
PM 'MMB 01" Ke 012 365 8107
#milkboosterterbaik
#milkboosterfood
#milkboosterforbreastfeeding
#milkboosterpalingberkesan
#maryammilkbooster
No comments:
Post a Comment