Kaedah menggunakan tangan adalah hanya sangat berkesan jika anda mahir, dan biasanya lebih lembut dan kurang menyakitkan berbanding dengan pam susu. Ibu juga berasa lebih selesa semasa memerah susu.
Sebelum memerah, anda dinasihatkan supaya mengambil langkah yang penting untuk menggalakkan pengaliran susu ibu. Ibu perlu berasa selesa, relaks dan berada pada tempat yang sesuai untuk memerah susu. Ibu boleh cuba untuk mengingati atau melihat gambar bayi mereka. Urut payudara anda dengan lembut dan puting boleh digentel dengan jari sebelum memerah (rujuk gambar di bawah).
Gambar 1: Urutan lembut di payudara sebelum pemerahan susu dilakukan |
- Cuci tangan anda dengan bersih.
- Duduk atau berdiri dalam keaadaan yang selesa.
- Letakkan ibu jari di sebelah atas payudara (lebih kurang 1 cm daripada areola) dan jari yang lain mengampu sebelah bawah payudara.
- Tekan ibu jari dan jari yang lain dengan lembut ke belakang (iaitu ke arah dada anda) - rujuk gambar di bawah.
- Mulakan memerah dengan menekan ibu jari dan 2 - 3 jari yang lain serentak, lepaskan dan ulang semula, beberapa kali, untuk mengeluarkan susu.
- Perah ke dalam bekas yang bersih.
- Ulang beberapa kali mengikut bulatan di sekeliling areola sehingga semua bahagian payudara telah dikosongkan, iaitu aliran keluar susu telah berhenti.
- Ulangi langkah yang sama pada payudara yang sebelah lagi.
- Ibu juga boleh mengulangi kaedah ini bergilir-gilir antara kedua-dua belah payudara sekiranya perlu.
Gambar 2: Cara memerah susu menggunakan tangan |