Saturday 28 November 2015

APA NAK BUAT KALAU BAYI MERAGAM KETIKA SEDANG MENYUSU?

Bayi yang meragam semasa penyusuan boleh menyebabkan penyusuan mengambil masa yang agak lama sehingga kadang kala melebihi daripada satu jam. Ia bukan sahaja menyebabkan ibu keletihan, malah boleh menyebabkan kemungkinan besar bayi tidak mendapat susu secukupnya. Dalam keadaan ini, bayi mungkin hanya menghisap puting dan boleh menyebabkan perut bayi menjadi kembung. Perkara ini biasanya akan menyebabkan bayi meragam dan menangis.



Jadi,.. apa yg boleh anda boleh lakukan? Antaranya termasuklah...

  • Tenangkan bayi dengan mendakap serta menyusap-usap tubuhnya.
  • Pastikan pelekapan bayi ke payudara adalah betul (Rujuk di bawah). Pelekapan yang betul membolehkan susu ibu dihisap dengan berkesan.
  • Betulkan kedudukan ibu semula dan kemudian mulakan semula penyusuan.

Gambar: Cara-cara pelekapan yang betul

No comments:

Post a Comment