Wednesday, 8 February 2017

7 Tips Naikkan Berat Bayi Dengan Susu Ibu



Secara purata berat bayi baru lahir yang cukup bulan adalah di antara 2500 – 4500 gram. Berat bayi semasa lahir sebenarnya ditentukan oleh faktor genetik, kesihatan ibu sepanjang kehamilan, dan nutrisi yang baru perolehi semasa dalam kandungan. Namun. JANGAN RISAU jika berat bayi anda rendah semasa mula kelahirannya, kerana yang lebih penting adalah berat bayi selepas kelahirannya.
Di awal kelahiran, bayi akan mengalami kehilangan 5 hingga 7% berat semasa dilahirkan kerana bayi akan banyak membuang najis mekonim (berwarna hijau kehitaman) dan juga kerana kehilangan air daripada badannya. Namun keadaan ini akan menjadi normal semula selepas 10 – 14 hari kelahirannya,
Diingatkan, tumbesaran bayi bukan hanya diukur dengan perkembangan berat badan sahaja. Jadi, JANGAN SUKA-SUKA labelkan anak anda tidak membesar secukupnya. Antara faktor lain selain kenaikan berat bayi adalah ketinggian bayi  dan juga penambahan ukur lilit kepala. Berikut merupakan panduan am tumbesaran  untuk bayi yang menyusu badan;
  • Purata kenaikan berat bagi bayi 0-4 bulan adalah 170 gram seminggu atau di antara 150-240gram ( min 600 gram sebulan )
  • Purata kenaikan berat bagi bayi 4-6 bulan adalah 110 – 140 gram seminggu ( min 440 gram sebulan )
  • Purata kenaikan berat bagi bayi 6-12 bulan adalah 60 – 110 gram seminggu ( min 240 gram sebulan )
  • Purata ketinggian bayi bagi 0-6 bulan adalah 2.5cm/bulan dan 1.27cm/bulan bagi bayi 6-12 bulan
  • Purata penambahan ukur lilit kepala bagi bayi 0-6 bulan pula adalah 1.27cm/bulan atau 64mm/bulan bagi bayi 6-12 bulan
JADI, BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU UNTUK MENAIKKAN BERAT ANAK ANDA YANG MENYUSU BADAN…
  1. Pastikan bayi yang diberi susu ibu mengikut permintaannya, dan ditawarkan penyusuan tanpa had lebih mudah untuk menambah berat badan lebih cepat.
  2. Pastikan bayi anda menyusu lebih lama di satu-satu payudara untuk mendapatkan lebih banyak hindmilk (susu akhiran yang mempunyai lebih banyak kandungan lemak). Tunggu sehingga bayi lepaskan sendiri sebelum menawarkan payudara yang lagi satu kepada bayi anda.
  3. Susukanlah bayi anda dengan lebih kerap pada waktu malam, ini kerana pada waktu malam hormon prolaktin lebih banyak terhasil, dan kandungan lemak dalam susu ibu pada waktu malam juga adalah lebih tinggi.
  4. Susukan bayi anda dengan kerap ini kerana lagi kerap payudara dikosongkan lebih pekat susu yg akan terhasil. Ini kerana kandungan foremilk (susu cair) akan jadi lebih banyak jika payudara dibiarkan bengkak baru nak pam/perah/direct feeding. Ini menyebabkan kandungan kalori dan lemak dalam susu akan jadi lebih rendah. Pastikan juga jarak masa 2-3 jam sekali untuk kosongkan payudara secara konsisten.
  5. Jika perlu, asingkan foremilk dan hindmilk, dan beri anak anda minum minum hindmilk. Cara bagaimana anda dapat mengasingkan foremilk dan hindmilk;
    • Jika bayi hanya menyusu direct, pam dan simpan terlebih dulu foremilk dan bagi baby minum hindmilk secara direct.
    • Jika bagi tujuan perahan untuk simpan (EBM), pam foremilk (sehingga susu pekat mula keluar), henti dan tukar botol. Pam semula hindmilk dan bagi bayi minum hindmilk.
  6. Untuk meransang lebih banyak kandungan lemak didalam foremilk (susu awal), ibu boleh untuk mengurut payudara semasa bayi menghisap susu secara direct.
  7. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat serta mencukupi untuk tenaga harian untuk pastikan susu yang dihasilkan adalah berkualiti (Boleh ambil makanan tambahan seperti Maryam Milk Booster untuk tambah tenaga, tingkatkan dan pekatkan susu serta membekalkan pelbagai nutrisi lain). Hindari tekanan yang membuatkan anda stress dan seterusnya dapat menyebabkan kualiti dan kuantiti susu kurang.
Tips di atas adalah perkara yang boleh anda lakukan untuk tambah berat badan anak anda yang masih menyusu bada sepenuhnya. Namun, diingatkan bayi ada tidak perlu bersemangat atau gemuk gedempol! Paling penting adalah perkembangan otak, fizikal dan motor skil adalah sejajar dengan perkembangan usia. Susukanlah bayi anda dengan sepenuh jiwa dan kasih sayang serta percaya bahawa badan manusia memang tercipta khas untuk hasilkan susu yang secukupnya untuk anak manusia.
original article: http://www.mithalimoms.com.my/7-tips-naikkan-berat-bayi-dengan-susu-ibu/

Wednesday, 31 August 2016

BAYI SAYA KELIRU PUTING! CARA PEMBERIAN SUSU MENGGUNAKAN CAWAN

Kajian mendapati 95% bayi akan menjadi keliru puting sekiranya diberikan puting tiruan seawal 3 - 4 minggu kelahirannya. Sebaiknya, tunggu sehingga bayi berusia 4 minggu sebelum memperkenalkan penggunaan botol susu kepadanya.


Secara alternatif  jika bayi tidak boleh menyusu secara langsung dengan anda atas sebab-sebab tertentu, anda boleh menggunakan cawan penyusuan, sudu kecil atau picagari dan lain-lain untuk menyusui bayi anda. Teknik pemberian susu kepada bayi dengan menggunakan cawan adalah seperti berikut;

  1. Letakkan bayi dalam kedudukan menegak (upright ~ 90%) atau condongkan sikit (Semi Upright ~45%) di atas ribaan anda.
  2. Ampu belakang bayi, kepala, leher, dan punggung
  3. Pegang cawan/sudu kecil yang mengandungi perahan susu ibu.
  4. Sentuhkan cawan/sudu di bahagian bibir bawah bayi dan hujung permukaan cawan menyentuh bibir atas bayi.
  5. Apabila bayi tersedar, dia akan membuka mulut dan matanya.
  6. Condongkan sedikit cawan / sudu sehingga susu mencecah lidah bayi dan biarkan bayi menghirup perlahan-lahan dan menelan susu.
Pada permulaannya, adalah biasa untuk susu tumpah sedikit. Namun, lama kelamaan apabila pemberian stabil, susu akan lebih banyak masuk ke dalam mulut bayi. Apabila kenyang, bayi akan berhenti menghirup dengan sendiri. Jadi, pastikan anda tidak menuang perahan susu ibu terus ke dalam mulut bayi.

Jika masalah keliru puting ini berlaku sebenarnya, lebh sukar untuk memujuk bayi menyusu daripada payudara ibu. Bila payudara ibu kurang diransang, maka penghasilan susu juga akan berkurangan. Jadi adalah penting untuk memastikan ransangan kepada payudara dilakukan secara konsisten!

#maryammilkbooster
#mithalimoms
#milkboosterterbaik
#milkboosterberkesan
#susubanyak
#susupekat
#milkboosterpalingberkesan

Thursday, 25 August 2016

IBU MENYUSU: PERLU KE MAKAN LEBIH?

Kajian menunjukkan kebanyakkan ibu boleh mengekalkan bekalan susu yg byk dgn mengambil kalori ~1800 - 2200 (atau lebih) pada setiap hari. Ini bersamaan ekstra tambahan kalori sebanyak lebih kurang 400 - 500 kalori daripada wanita biasa.


Pengambilan kalori tambahan ini sebenarnya bergantung kepada kalori yg diperlukan untuk aktiviti seharian, berat ibu dan juga faktor nutrisi ibu (tidak termasuk utk laktasi). Ibu yg kurang aktif mungkin memerlukan kalori yang lebih sedikit berbanding dengan ibu yg lebih aktif, atau mempunyai lemak badan yang rendah dan sebagainya.


Jadi? Macam mana Nak TENTUKAN saya perlu ambil EKSTRA 200 ke.. 300 ke.. 400 ke.. 500 ke.. ekstra KALORI setiap hari?

Ia sebenarnya bergantung kepada 2 faktor;

1. Tahap Penyusuan Ibu
Adakah anak anda menyusu sepenuhnya atau tidak? atau sekadar 1 - 2 kali sehari? Sekiranya anak anda tidak menyusu secara eksklusif sudah tentunya keperluan kalori adalah lebih rendah.

2. Lemak Tersimpan (Mom's Fat Reserves)
Adakah BMI anda rendah? tinggi? atau kat tengah2x? Jika BMI anda rendah, sudah tentunya anda memerlukan lebih ekstra kalori daripada diet anda daripada ibu yang mempunya BMI yang lebih tinggi.

Namun, perlu diingatkan, pengambilan kalori yang kurang daripada1500 - 1800 mungkin menyebabkan risiko bekalan susu berkurangan. Ibu-ibu menyusu juga disarankan mengambil suplemen tambahan yang berupaya untuk memastikan ibu lebih bertenaga untuk kerja seharian.

‪#‎mithalimoms
‪#‎maryammilkbooster
#milkboosterterbaik
#milkboosterpalingberkesan
#milkboosterfood
#milkboostersupplement

Tuesday, 23 August 2016

FEED KONSEP DALAM PENYUSUAN IBU UNTUK MAINTAIN



PERANAN FIL (PERENCAT SUSU) DALAM PENYUSUAN

Ramai ibu yang masih belum faham peranan FIL dalam penyusuan, apa FIL nie akan lakukan bila anda tidak konsisten kosongkan breast dengan sepatutnya.. Selalu akak cakap.. nak susu banyak? Jadilah ibu hebat yang menjaga demand! Bukan setakat jaga makan minum dan amik supplement sahaja hokey! Tu x sahaja cukup.. mcm orang nak kurus juga.. boleh ke kurus kalu makan ubat kurus tapi still melantak 3000 kalori sehari?

So, kalau sampai skrng masih belum faham demand & supply.. sila amik effort utk belajar hokey! PENTING sgt nie!!! Tu adalah rules no satu dalam penyusuan selagi tak follow rule nie amik la ubat apa pun inshaAllah susu dok mcm tu juga. Sebab Allah dah ciptakan fungsi manusia nie sebaik2nya.. supaya anak yang dah 2 thn ++ nak berenti susu boleh STOP anytime dan susu akan STOP!

Apakah menda yang dalam badan asyik dok bagi signal untuk stop production susu tu? Ha.. inilah fungsi FIL tu... Sila rujuk gambar kat bawah tu yer..


Bagaimana pula cara FIL bertindak? Sila fahami gambar bawah nie yer...




Salam Breastfeeding! Keep Positive and Strong Hokeh!!!


#mithalimoms
#maryammilkbooster
#milkboosterterbaik
#milkboosterterhebat
#susubanyak
#susupekat

Monday, 22 August 2016

BAYI TAK MAHU MENYUSU

“Bayi tak nak menyusu la kak, bila bagi puting dia buat tak tahu aje..Tak pun dia elak dan terus palingkan muka ke arah lain.. Sedih saya kak.. ke bayi saya tak suka susu saya kak?”


Situasi ini selalunya akan menyebabkan ibu sering rasa rendah diri dan sedih. Malah ada beranggapan yang bayinya tak suka susu ibu. Tambah pula dengan ketidakstabilan emosi selepas sesi kelahiran, terus menyebabkan sesetengah ibu berputus asa dengan penyusuan ibu.

Sebenarnya, dalam kes tertentu, adakalanya bayi terpaksa dikejutkan menyusu dengan kekerapan tertentu jika bagi anda mengalami perkara berikut;

· Premature Baby (Kelahiran Tidak Cukup Bulan)
· Jaundice (Kuning)
· Bayi Yang Terlalu Kecil
· Bayi Yang Ibu Diberikan Ubat Yang Mengantuk Semasa Bersalin

Bayi yang sihat biasanya tiada masalah mahu menyusu, mereka akan menunjukkan signal-signal tertentu apabila lapar dan mahu menyusu. Antara sebab –sebab bayi enggan menyusu adalah termasuklah;

· Bayi tidak lapar
· Bayi sejuk, kecil, sakit dan lemah
· Posisi penyusuan tidak betul
· Bayi tidak selesa kerana ibu bergerak, menggoncang payudara atau bayi
· Bayi yang mengalami kekeliruan puting akibat pemberian puting botol/pacifier terlalu awal.
· Wangian Ibu berbeza
· Aliran susu yang perlahan atau terlalu laju
· Bayi selesema, sakit mulut atau hidung tersumbat
· Bayi selesa dengan sebelah payudara sahaja
· Ibu mengalami bengkak payudara menjadikan bahagian areolar terlalu keras menyukarkan bayi untuk melekap semasa memulakan penyusuan

Jadi penting untuk Ibu kenali tanda dan sebab kenapa bayi anda enggan menyusu, untuk pastikan masalah sebenar diatasi. Secara umumnya, antara cara penyelesaian yang lakukan anda boleh buat termasuklah;

1. Membetulkan posisi dan lekapan semasa penyusuan
2. Jika aliran terlalu laju, perah atau pam susu sebelum memulakan penyusuan atau menukar posisi penyusuan.
3. Jika aliran susu perlahan, boleh cuba teknik breast compression untuk membantu melancarkan aliran susu.
4. Jika breast bengkak, perah atau pam terlebih dahulu untuk lembutkan kawasan areolar bagi bantu babu melekap dengan sempurna.
5. Jika bayi sakit, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor atau pengamal perubatan.
6. Elakkan penggunaan pacifier / puting botol terlalu awal.
7. Galakkan skin to skin contact atau Kangaroo Mother Care.
8. Tidak memaksa bayi jika bayi enggan, menolak atau menangis, sebaliknya tenangkan bayi dahulu sebelum memulakan penyusuan.

Nak tahu cara cepat untuk memperbanyakkan dan memekatkan susu anda?
MARYAM MILK BOOSTER boleh membantu...

PM 'MMB' KE 0123658107



#maryammilkbooster
#milkboosterterbaik
#milkboosterterhebat
#tambahsusu
#milkboostersupplement

Saturday, 20 August 2016

TIPS MEMUJUK BAYI UNTUK MINUM SUSU DI PAYUDARA YANG TIDAK DIGEMARI


Ramai ibu yang merungut bayi menggemari sebelah payudara sahaja dan jika dipaksa juga, bayi akan terus menolak dan meragam. Sebenarnya, antara penyebab utama kenapa bayi anda menolak untuk menyusu di payudara yang kurang digemarinya termasuklah;
  • Refleks pancutan susu ibu terlalu perlahan 
  • Refleks pancutan susu ibu terlalu laju 
  • Bekalan susu yang berkurangan. 
Hal ini menyebabkan bayi lebih suka untuk menyusu daripada payudara yang mana aliran susunya lebih baik dan banyak. Keadaan ini juga boleh menyebabkan mengapa saiz payudara ibu berbeza (satu kecil, satu besar) dan seterusnya menyebabkan ibu berasa tidak selesa. Punca utama kenapa berlaku perbezaan bekalan dan aliran susu termasuklah;

1. Keadaan fizikal payudara
Keadaan fizikal payudara ini termasuklah perbezaan keadaan puting atau areolar yang biasa berlaku (contoh: puting tenggelam / leper). Hal ini menyebabkan bayi lebih senang untuk melekap di payudara yang berkeadaan normal. Ada juga sesetengah wanita mengalami keadaan sebelah payudaranya mempunyai lebih duktus atau alveoli berbanding yang sebelah lagi. Walaubagaimanapun, hal ini adalah normal sebenarnya.

2. Bayi menggemari salah satu payudara sahaja
Memang biasa bayi akan lebih menggemari satu payudara. Oleh itu, bayi akan menyusu lebih efisien dan kerap menerusi payudara yang disukainya.

3. Ibu menggemari salah satu payudara sahaja
Kadang kala tanpa ibu sedari, ibu lebih suka untuk menawarkan sebelah payudara yang lebih kerap berbanding yang sebelah lagi. Biasanya berlaku pada waktu malam bila ibu terlalu letih dan mengantuk.

4. Pembedahan atau kecederaan
Jika salah satu belah payudara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan dan aliran susu.

Jika ini berlaku kepada anda, kesabaran dan kegigihan anda sebenarnya adalah kunci utama kejayaan. Paling penting, teruskan usaha anda sehingga bayi menerima kembali payudara yang tidak digemarinya. Namun jika bayi masih meragam atau enggan, teruskan ransangan di payudara yang tidak digemarinya dengan memerah sekerap mungkin. Ini adalah penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan.

Perlu akak ingatkan juga, dalam usaha anda ini, pastikan BAYI DIPUJUK dan BUKAN DIPAKSA! Pujuklah bayi anda untuk mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemarinya. Antara teknik pujukan yang boleh anta buat termasuklah;

1. Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika baby sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.

2. Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya terlebih dahulu dan apabila berlaki pancutan refleks, alih ke payudara yang kurang digemarinya tanpa mengubah posisi kepalanya seperti gambar di bawah;

A. Mulakan penyusuan dengan Cradle Hold

B. Kemudian, Alihkan kepada posisi Football Hold

Boleh juga kalau nak praktiskan posisi lain, cuma pastikan tidak mengubah posisi kepala bayi anda

3. Menyusu di bilik yang gelap atau berkeadaan sunyi dan sepi. 

4. Cuba menyusu sambal berjalan, mengayun-ayunkannya dengan perlahan sehinggal bayi menerima payudara yang kurang digemarinya.

5. Jika bayi sukakan payudara yang mempunyai aliran yang laju, lakukan urutan (breast compression) untuk membercepatkan aliran susu di payudara yang alirannya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (scissor hold) di bahagian areolar untuk memperlahankan aliran.

Teknik Breast Compression 

Teknik Scissor Hold


Untuk ransang penghasilan susu yang lebih banyak di bahagian payudara yang alirannya lebih perlahan, anda boleh mengepam payudara tersebut untuk tingkatkan demand dan pastikan supaya bekalan susu berkekalan.

Namun, jika anda mempunyai masalah perbezaan saiz payudara dan ini merisaukan anda, antara tips yang boleh anda lakukan;
  1. Memulakan penysuan pada payudara yang kurang digemarinya terlebih dahulu (namun pastikan bayi berada dalam keaadaan tenang ketika itu) dan lebihkan penyusuan pada payudara tersebut. 
  2. Memerah payudara yang kecil selama 5 – 10 mins selepas sesi penyusuan.
Paling penting adalah kecekalan dan kemahuan ibu, akak berkongsi sikit antara ibu pengguna maryam yang mengalami masalah ini. Biasanya ibu pam dapat dalam 3 - 4 oz.. Alhamdulillah lepas guna maryam semakin meningkat dan berjaya dapat 8 oz dalam masa 3 hari penggunaannya. Tetapi apa yang akak nak cerita menariknya cerita ibu ini kerana mengalami masalah seperti gambar di bawah. Payudara sebelah kanan menghasilkan susu yang lebih banyak berbanding sebelah kiri kerana bayi lebih menyukai payudara sebelah kanan sahaja.

Hari Pertama

Namun, setelah menukar praktis dan juga mengamalkan maryam, ini hasilnya pada hari berikutnya. Alhamdulillah ibu berjaya tingkatkan susu di sebelah kiri dengan cepat. 

Hari Kedua

Pada hari ketiga, alhamdulillah ibu berjaya tingkatkan susu sehingga 8 Oz! (tiada gambar) Alhamdulillah perjalanan penyusuan ibu ini telah dimudahkan dengan pengambilan maryam dan juga dengan praktis penyusuan yang betul.

Untuk ibu yang perlukan advise penyusuan, boleh whatsapp akak seperti di bawah;

PM "MMB1" Ke 0123658107
PM "MMB1" Ke 0123658107
PM "MMB1" Ke 0123658107