Ramai ibu yang merungut bayi menggemari sebelah payudara sahaja dan jika dipaksa juga, bayi akan terus menolak dan meragam. Sebenarnya, antara penyebab utama kenapa bayi anda menolak untuk menyusu di payudara yang kurang digemarinya termasuklah;
- Refleks pancutan susu ibu terlalu perlahan
- Refleks pancutan susu ibu terlalu laju
- Bekalan susu yang berkurangan.
Hal ini menyebabkan bayi lebih suka untuk menyusu daripada payudara yang mana aliran susunya lebih baik dan banyak. Keadaan ini juga boleh menyebabkan mengapa saiz payudara ibu berbeza (satu kecil, satu besar) dan seterusnya menyebabkan ibu berasa tidak selesa. Punca utama kenapa berlaku perbezaan bekalan dan aliran susu termasuklah;
1. Keadaan fizikal payudara
Keadaan fizikal payudara ini termasuklah perbezaan keadaan puting atau areolar yang biasa berlaku (contoh: puting tenggelam / leper). Hal ini menyebabkan bayi lebih senang untuk melekap di payudara yang berkeadaan normal. Ada juga sesetengah wanita mengalami keadaan sebelah payudaranya mempunyai lebih duktus atau alveoli berbanding yang sebelah lagi. Walaubagaimanapun, hal ini adalah normal sebenarnya.
2. Bayi menggemari salah satu payudara sahaja
Memang biasa bayi akan lebih menggemari satu payudara. Oleh itu, bayi akan menyusu lebih efisien dan kerap menerusi payudara yang disukainya.
3. Ibu menggemari salah satu payudara sahaja
Kadang kala tanpa ibu sedari, ibu lebih suka untuk menawarkan sebelah payudara yang lebih kerap berbanding yang sebelah lagi. Biasanya berlaku pada waktu malam bila ibu terlalu letih dan mengantuk.
4. Pembedahan atau kecederaan
Jika salah satu belah payudara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan dan aliran susu.
Jika ini berlaku kepada anda, kesabaran dan kegigihan anda sebenarnya adalah kunci utama kejayaan. Paling penting, teruskan usaha anda sehingga bayi menerima kembali payudara yang tidak digemarinya. Namun jika bayi masih meragam atau enggan, teruskan ransangan di payudara yang tidak digemarinya dengan memerah sekerap mungkin. Ini adalah penting untuk memastikan bekalan susu berkekalan.
Perlu akak ingatkan juga, dalam usaha anda ini, pastikan BAYI DIPUJUK dan BUKAN DIPAKSA! Pujuklah bayi anda untuk mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemarinya. Antara teknik pujukan yang boleh anta buat termasuklah;
1. Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika baby sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.
2. Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya terlebih dahulu dan apabila berlaki pancutan refleks, alih ke payudara yang kurang digemarinya tanpa mengubah posisi kepalanya seperti gambar di bawah;
A. Mulakan penyusuan dengan Cradle Hold
B. Kemudian, Alihkan kepada posisi Football Hold
Boleh juga kalau nak praktiskan posisi lain, cuma pastikan tidak mengubah posisi kepala bayi anda
3. Menyusu di bilik yang gelap atau berkeadaan sunyi dan sepi.
4. Cuba menyusu sambal berjalan, mengayun-ayunkannya dengan perlahan sehinggal bayi menerima payudara yang kurang digemarinya.
5. Jika bayi sukakan payudara yang mempunyai aliran yang laju, lakukan urutan (breast compression) untuk membercepatkan aliran susu di payudara yang alirannya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (scissor hold) di bahagian areolar untuk memperlahankan aliran.
Teknik Breast Compression
Teknik Scissor Hold
Untuk ransang penghasilan susu yang lebih banyak di bahagian payudara yang alirannya lebih perlahan, anda boleh mengepam payudara tersebut untuk tingkatkan demand dan pastikan supaya bekalan susu berkekalan.
Namun, jika anda mempunyai masalah perbezaan saiz payudara dan ini merisaukan anda, antara tips yang boleh anda lakukan;
- Memulakan penysuan pada payudara yang kurang digemarinya terlebih dahulu (namun pastikan bayi berada dalam keaadaan tenang ketika itu) dan lebihkan penyusuan pada payudara tersebut.
- Memerah payudara yang kecil selama 5 – 10 mins selepas sesi penyusuan.
Paling penting adalah kecekalan dan kemahuan ibu, akak berkongsi sikit antara ibu pengguna maryam yang mengalami masalah ini. Biasanya ibu pam dapat dalam 3 - 4 oz.. Alhamdulillah lepas guna maryam semakin meningkat dan berjaya dapat 8 oz dalam masa 3 hari penggunaannya. Tetapi apa yang akak nak cerita menariknya cerita ibu ini kerana mengalami masalah seperti gambar di bawah. Payudara sebelah kanan menghasilkan susu yang lebih banyak berbanding sebelah kiri kerana bayi lebih menyukai payudara sebelah kanan sahaja.
Hari Pertama
Namun, setelah menukar praktis dan juga mengamalkan maryam, ini hasilnya pada hari berikutnya. Alhamdulillah ibu berjaya tingkatkan susu di sebelah kiri dengan cepat.
Hari Kedua
Pada hari ketiga, alhamdulillah ibu berjaya tingkatkan susu sehingga 8 Oz! (tiada gambar) Alhamdulillah perjalanan penyusuan ibu ini telah dimudahkan dengan pengambilan maryam dan juga dengan praktis penyusuan yang betul.
Untuk ibu yang perlukan advise penyusuan, boleh whatsapp akak seperti di bawah;
PM "MMB1" Ke 0123658107
PM "MMB1" Ke 0123658107
PM "MMB1" Ke 0123658107